
Jika kita renung sejenak punca permasalahan ini timbul sewaktu Tun mengkritik gaya pemerintahan Datuk Seri Mohd Najib yang terlalu berlembut dengan barat
terutama berkaitan dengan perjanjiaan Trans Pan Pacific Agreement (TPPA). Umum mengetahui desakan barat terhadap kepimpinan negara menyebabkan kerajaan dalam keadaan serba salah. Tapi mujur di selamatkan dengan tindakan berhemah Perdana Menteri yang menangguhkan perjanjian berkenaan sehingga satu kata putus di ambil. Kemudian isu berbangkit berkaitan 1MDB berhubung pertanyaan Tun berkenaan RM 42 Billion yang dikatakan lesap begitu sahaja. Tidak cukup dengan itu, isu berkaitan pembunuhan model dari Monggolia, Altantuya Shaaribuu juga hangat di perkatakan. Inisiatif Perdana Menteri menghuraikan persoalan di dalam segmen Soal Jawab yang telah di keudarakan oleh TV3 juga tidak dapat meredakan ketegangan ini.


Apakah helah Tun dalam hal ini? Beliau boleh mengutarakan pendapat malah beliau boleh bertemu terus dengan Perdana Menteri jika beliau mahu. Kenapa mengheret rakyat di dalam konflik yang tiada akhirnya? Penulis jelas teringat dengan kata-kata bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor berkaitan Tun.
"Saya bermohon agar Mahathir di panjangkan usianya
supaya beliau melihat sendiri kemusnahan yang di ciptanya
sendiri semasa beliau berkuasa"
Apa yang terjadi kini seolah-olah doa berkenaan sudah semakin di makbulkan Allah. Pelbagai usaha di lakukan akan tetapi usaha berkenaan sentiasa di manipulasikan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab seperti program Dialog Perdana Menteri bersama NGO "Nothing To Hide". Di tambah pula dengan tiada kesepakatan antara menteri kabinet dalam menyokong penuh pentadbiran Perdana Menteri dengan lebih mempercayai apa yang di perkatakan oleh Tun. Bagi sesetengah pengamal media yang sebelum ini pro kerajaan, mereka mengambil peluang ini sebagai satu platform menghentam kerajaan. Kini mereka jelas mengambil alih kerja daripada blog-blog dan portal berita Pembangkang dengan berterusan menghentam Perdana Menteri dan kerajaan tanpa memikirkan impak yang mereka lakukan.

Sampai bila semua ini akan berterusan? Samada dari pihak Tun mahupun Datuk Seri Mohd Najib, amatlah perlu mencari titik persamaan antara kalian dalam membentuk UMNO yang kukuh bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14 nanti. Perpecahan dalaman sebegini jelas tidak membantu pembangunan negara seiring dengan hasrat Tun mahu melihat negara maju tahun 2020. Dalam hal ini, Datuk Seri Mohd Najib tidak pernah lupa untuk mengingatkan wawasan Tun ini. Buktinya pembentangan Rancangan Malaysia ke 11 baru-baru ini.
JSJM
0 comments:
Post a Comment