My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 6 June 2015

    ROHINGYA LEBIH UTAMA DARIPADA SABAH?

    Penulis jelas bersimpati dengan nasib kira-kira 16 orang pendaki Gunung Kinabalu yang terkorban akibat gempa bum sederhana yang berlaku di Ranau, Sabah. Gempa sekuat 5.9 skala richter berlaku awal pagi 5hb Jun yang lepas. Gempa separa kuat ini mengakibatkan beberapa kerosakan yang agak minima menimpa sekitar Ranau dan Keningau. Inilah kali kedua gempa bumi melanda kawasan pergunungan di dunia setelah Nepal mengalami gempa sekuat 7.9 skal richter yang menimpa kaki gunung Everest baru-baru ini.

    Apa yang penulis amat terkilan, ada kata-kata sinis dari mereka yang tidak bertanggungjawab mengatakan hampir tiada seorangpun menteri kabinet yang di ketuai Perdana Menteri turun ke lokasi gempa seolah-olah Sabah di abaikan. Sepatutnya mereka harus memahami bahawa lokasi ini masih belum benar-benar selamat dan harus di fahami, operasi menyelamat bukan di lakukan oleh menteri kabinet atau Perdana Menteri sendiri. Operasi penyelamat di kendalikan oleh pihak keselamatan seperti Polis, Bomba dan tentera. Harus di ingat, lokasi ini agak hampir dengan kawasan Esscom dimana pihak tentera boleh menghantar bantuan menyelamat dengan segera.

    Kenapa harus menyalahkan semua hal kepada Perdana Menteri sedangkan ada seorang Menteri yang seharusnya bertanggungjawab terhadap situasi semasa? Mengikut pemahaman penulis, orang yang paling bertanggungjawab dan harus tampil seawal sebarang bencana adalah Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap individu yang bertanggungjawab terhadap Majlis Keselamatan Negara (MKN).

    Menerusi semakan penulis, sewaktu operasi menyelamatkan pelarian Rohingya di Pulau Langkawi baru-baru ini, beliau ada di Langkawi dalam menguruskan segala urusan pelarian berkenaan. Begitu juga sewaktu penemuan kubur mangsa pelarian Rohingya. Akan tetapi setelah hampir 48 jam kejadian gempa bumi melanda Ranau, Sabah, kelibat beliau masih belum dapat di lihat di lokasi kejadian. Apa yang lebih menyedihkan, dalam segala hal sejak kejadian kekecohan Dialog Perdana Menteri bersama NGO "Nothing to Hide" baru-baru ini, imej Perdana Menteri selalu dijadikan bahan pojok malah ada di kalangan ahli UMNO di beberapa sayap parti sudah begitu lantang menghina beliau. Sepatutnya dalam saat getir sebegini, Menteri yang terlibat sepatutnya lebih alert terhadap sebarang permasalahan yang mungkin akan mengakibatkan imej Perdana Menteri akan lebih tercalar.



    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ROHINGYA LEBIH UTAMA DARIPADA SABAH? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top