My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 1 June 2015

    PEMBANTU RUMAH-LANGKAH ALTERNATIF DARI KERAJAAN TERENGGANU

    Baru-Baru ini heboh di perkatakan bahawa pihak Indonesia sedang berkira-kira mahu mengusulkan gaji minimum untuk pembantu rumah warga Indonesia di tetapkan pada RM 1,200 sebulan selaras dengan bebanan kerja yang mereka pikul kini. Bagi sesetengah pihak desakan ini tidak wajar di lakukan kerana kos untuk mengambil pembantu rumah asing terutama warga Indonesia kini jelas meningkat dan ada yang mencecah belasan ribu ringgit.

    Di fahami, desakan kehidupan kini memaksa pasangan suami isteri untuk bekerja bagi menampung kehidupan yang serba mencabar kini. Lebih mengharukan akibat dari desakan material ini mengakibatkan tugas hakiki seorang isteri dalam menjaga kebajikan rumah tangga juga terpaksa di serahkan kepada pihak ketiga dan dalam konteks ini pembantu rumah lah yang di amanahkan untuk menjaga makan minum, pakai dan mengasuh anak-anak bagi pasangan berkenaan. Mungkin ada asanya bagi pihak Indonesia dalam menuntut kenaikan gaji berkenaan. Akan tetapi permasalahan dokumentasi dan kejujuran pembantu rumah berkenaan juga harus di ambil kira.

    Sebelum ini penulis pernah mengutarakan usaha kerajaan Terengganu bagi melahirkan tenaga pembantu rumah profesional dari kalangan rakyat tempatan. Usaha Kerajaan Negeri Terengganu ini kini sedang giat di jalankan dan kini dalam proses pengenalan bagi peringkat negeri. Dengan pembayaran gaji serendah RM 900 sehingga RM 1,200 (bergantung kepada kemahiran), ini jelas membantu pasangan yang ingin mengambil pembantu rumah tempatan pada harga yang jauh lebih murah tanpa dokumentasi yang rumit. Dengan hanya bekerja dari jam 8 pagi sehingga 6 petang (kerja lebih masa tertakluk kepada tuan rumah dan bayaran sendiri) tugas mereka hanyalah menggantikan pasangan yang bekerja dan semua ini di serahkan semula kepada pasangan berkenaan apabila malam menjelma. Di tambah pula dari kalangan penduduk tempatan, jelas tiada lagi kebimbangan tentang permasalahan budaya dan bahasa kerana pembantu rumah yang di lahirkan oleh kerajaan Negeri Terengganu ini adalah dari kalangan ibu-ibu tunggal dan dari kalangan rakyat negeri Terengganu sendiri.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    1 comments:

    Item Reviewed: PEMBANTU RUMAH-LANGKAH ALTERNATIF DARI KERAJAAN TERENGGANU Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top