

Menurut sumber lagi, ramai di kalangan ahli Perkasa Pulau Pinang jelas tidak menyukai perlantikan Fadzil Syuib sebagai Yang Di Pertua. Ini kerana tindakan beliau yang terlalu banyak menimbulkan prasangka dan rasa kurang senang di kalangan ahli Perkasa Pulau Pinang. Terdapat dakwaan mengatakan beliau meletakkan kroni-kroni beliau di seluruh Pulau Pinang bagi memantau sebarang gerakan yang boleh mengancam kedudukan beliau. Ini belum lagi dakwaan mengatakan beliau mengarahkan Bendahari Persatuan Negeri untuk menanda tangani cek kosong dan di serahkan kepada beliau. Walhal beliau bukanlah salah seorang penanda tangan bagi buku cek berkenaan.

Jelas dakwaan ini agak merbahaya dan perlu di berikan perhatian serius oleh pihak Perkasa. Imej Perkasa menjadi pertaruhan andai dakwaan ini benar dan ini mampu menyebabkan Perkasa berhadapan dengan skandal terburuk sepanjang penubuhannya. Siasatan perlu di lakukan bagi menangkis desas desus yang kini tersebar hampir seluruh Pulau Pinang.
Sumber
JSJM
0 comments:
Post a Comment