My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 6 June 2015

    PERKASA YANG TIDAK PERKASA

    Seperti lain-lain NGO yang hadir kedalam Majlis Dialog Perdana Menteri bersama NGO "Nothing to Hide", Perkasa juga menghantar wakil ke majlis berkenaan. Di hadiri oleh ramai Yang Di Pertua Negeri dan ahli tertinggi Perkasa, kehadiran mereka bukan sekadar kehadiran biasa. Kehadiran mereka ke majlis berkenaan jelas seperti masuk kampung orang tetapi berlagak kampung sendiri.

    Kehadiran mereka ke majlis berkenaan pada awalnya tiada sebarang kekecohan yang berlaku. Tetapi setelah mereka puas berhimpun di Riverside (restoran yang terletak bersebelahan dengan Dewan Tun Hussien Onn) dan masuk agak lewat sedikit sehingga kemasukan mereka di halang anggota Rela, Mereka mula membuat kekcohan di luar dewan. Kekecohan tercetus setelah ada ahli Perkasa yang mempunyai kad undangan gagal masuk kedalam dewan sehingga ada di kalangan mereka bertindak agresif dan mengeluarkan perkataan kesat terhadap anggota Rela yang mengawal pintu masuk dewan berkenaan. Kejadian ini sebenarnya di jadikan bahan oleh Kem Pro Tun M sebagai mengatakan Pro Datuk Seri Najib bertindak agresif di luar dewan.

    Ini di tambahkan lagi dengan tindakan agresif Datuk Ibrahim Ali yang seperti biasa mahu berlagak hero dalam segala hal. Setelah ada beberapa ahli Perkasa yang lolos kedalam dewan, apabila pengumuman di buat tentang majlis berkenaan di tunda, ada di kalangan ahli Perkasa bertindak tidak ubah seperti peserta demo Kita Lawan apabila terjerit-jerit dengan laungan yang sama dengan penyokong jalanan pembangkang, Undur Najib, Najib Letak Jawatan dan sebagainya. Adakah ini yang di perjuangkan Perkasa selama hari ini?

    Umum mengetahui kononnya Perkasa merupakan NGO berdaftar pro Melayu. Tetapi jika ada ahlinya yang sudah berumur menjerit sebegitu apa lagi alasan Perkasa dalam mengatakan mereka adalah hero Melayu yang sebenar? Melayu sentiasa taat pada ketuanya jadi pada perkiraan penulis amatlah wajar kerajaan mengasingkan penglibatan Perkasa dalams etiap aktiviti yang di anjurkan oleh kerajaan kerana mereka jelas tidak sehaluan dengan kerajaan. Bagi penulis apa yang di jeritkan oleh perwakilan Perkasa berkenaan benar-benar sudah melepasi batas. Mungkin Ibrahim Ali tidak sedar bahawa beliau lah antara manusia yang paling lantang menhentam Tun suatu ketika dahulu. Dan mungkin ada di kalangan ahli Perkasa lebih senang bertuankan Tun sebagai Ahli Vateran UMNO yang tidak berjawatan apa-apa lagi dari menghormati kepimpinan sedia ada kini.

    Memalukan!!!
     
    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERKASA YANG TIDAK PERKASA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top