My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 1 June 2015

    KATA DUA NAJIB

    Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya meletakkan jawatan. Kata dua Perdana Menteri itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu dan seperti di jangka tiada seorang pun anggota Kabinet menyatakan pendirian mereka untuk tidak bersama Dato Seri Mohd Najib ketika diberi peluang terbuka untuk berbuat demikian. Menurut sumber, Perdana Menteri menyatakan pendirian tegasnya itu sebaik sahaja Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

    Kata dua ini di percayai di buat susulan kenyataan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), Tan Sri Shahrir Abdul Samad, Selasa lalu yang menggesa menteri yang tidak bersetuju dan membantah samada secara terbuka mahupun di belakang dengan keputusan kolektif Kabinet dalam isu 1MDB perlu meletakkan jawatan. Beliau yang bersetuju dengan saranan Tengku Razaleigh Hamzah agar seluruh anggota Kabinet harus mengambil tanggungjawab dalam isu 1MDB ketika membuat gesaan itu berkata, prinsip Kabinet ialah tanggungjawab bersama. Pada Jumaat pula, Ahmad Husni ketika mengumumkan pelan rasionalisasi 1MDB memberitahu, syarikat pelaburan strategik kerajaan itu akan menerima pembayaran AS$1 bilion (RM3.6 bilion) selepas memeterai perjanjian dengan firma dari Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) dan anak syarikatnya, Aabar Investments (Aabar).


    Jelas Menteri Kewangan II itu lagi, sebagai sebahagian daripada perjanjian terbabit, IPIC akan membuat bayaran RM3.6 bilion itu pada atau sebelum 4 Jun dan dana itu akan digunakan 1MDB untuk membayar balik pinjamannya berjumlah RM3.5 bilion lebih awal daripada tarikh akhir yang ditetapkan kumpulan bank antarabangsa. Jelas kini tindakan Perdana Menteri semakin hari semakin tegas dalam membasmi virus-virus yang semakin membiak di dalam UMNO dan kabinet kerajaan kini. Kata dua sebegini harus dalam memastikan keutuhan dan kestabilan Kerajaan dapat di pelihara dan sebarang tindakan mengarut dari pihak dalam mahupun luar kabinet harus di hentikan segera.

    Sumber 

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KATA DUA NAJIB Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top