My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 3 June 2015

    ZAINUDDIN MAIDIN MENGHINA SULTAN PAHANG?

    Dalam keterujaan antara penyokong pro Tun Dr Mahathir dan Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, masih terdapat beberapa individu seperti mantan Menteri Penerangan Malaysia, Tan Sri Zainuddin Maidin. Kelantangan beliau dalam menghentam kepimpinan Perdana Menteri Malaysia seolah-olah beliau menjadi suara dan lidah bagi gerakan pro Tun dalam menyuarakan apa sahaja yang Tun ingin sampaikan,

    Menerusi artikel terbaru dalam ruangan blog Zamkata, beliau secara terang-terangan menghina barisan kabinet yang masih setia menyokong kepimpinan Perdana Menteri dengan gelaran sampah. Adakah wajar bagi bekas penjawat awam seperti beliau memanggil barisan kabinet kini sebagai sampah? Ianya seolah-olah penghinaan jelas terhadap apa yang di lakukan serta kepimpinan Dato Seri Mohd Najib. Agak memualkan apabila beliau sendiri sewaktu menjawat jawatan sebagai Menteri Penerangan di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi boleh di katakan tiada langsung sebarang impak yang di lakukan dan kini sewenang-wenangnya menghina barisan kepimpinan yang menerajui negara kini.


    Jika beliau sanggup menghina sesiapa sahaja yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri sebagai sampah, maka beliau juga boleh di katakan menghina Paduka Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah kerana dalam satu laporan mengatakan Paduka Sultan menyokong penuh kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Adakah sokongan Paduka Sultan ini juga boleh beliau anggap sebagai sampah?  Bersama artikel ini, penulis sertakan transkrip penuh hasil entri beliau yang menghina kepimpinan yang menyokong Perdana Menteri sebagai sampah. Nilaikanlah "ketinggian intelektual" bekas Menteri Penerangan ini.





    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ZAINUDDIN MAIDIN MENGHINA SULTAN PAHANG? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top