My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 15 June 2015

    JAWAPAN KEPADA PERTUDUHAN-SIRI 1

    Terlalu banyak pertuduhan terhadap Yang Amat Berhormat, Perdana Menteri Malaysia yang masih lagi di percayai oleh sesetengah pihak. Samada tuduhan secara peribadi, keluarga mahupun corak pemerintahan beliau telah di jawab beliau satu per satu samada menerusi blog beliau sendiri mahupun media arus perdana. Tetapi masih ada yang mempercayai dan masih meneruskan penyebaran berita palsu ini. Menerusi penulisan kali ini, penulis akan menerangkan semula jawapan-jawapan Perdana Menteri terhadap pertuduhan yang berlegar kini.

    Masih ada beberapa individu masih cuba menarik perhatian para penyokong masing-masing terhadap kisah penangkapan khalwat beliau dengan Ziana Zain sewaktu beliau sedang berkempen untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO pada zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed dahulu. Sebagai ahli politik, ramai orang UMNO yang melihat beliau sebagai seorang pemimpin masa depan. Beliau berani kehadapan malah beliau juga antara individu yang cukup petah berhujah.

    Pada waktu berkenaan, beliau di lihat salah seorang pemimpin yang bersih dan bebas kontreversi malah ada yang melihat beliau sebagai calon Perdana Menteri akan datang. Jadi untuk melemahkan kempen beliau maka di cipta satu fitnah di mana beliau di tuduh berkhalwat dengan Ziana Zain di Port Dickson, Negeri Sembilan. Berita ini sungguh mengejutkan sehingga mendorong Tun mendapat penjelasan dari beliau dan Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.

    Hasilnya, Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan menafikan melakukan sebarang tangkapan terhadap beliau dan menegaskan semua ini adalah fitnah. Malah pada waktu berkenaan, beliau berada di Hotel Hilton, Kuala Lumpur bersama-sama Datin Seri Rosmah Mansur kerana bertemu dengan perwakilan Pemuda Negeri. Jelas pada waktu berkenaan, Tun sendiri mengadakan sidang akhbar menafikan penangkapan tersebut dan berjanji untuk menyiasat siapa penyebar fitnah berkenaan (sehingga hari ini tidak di ketahui siapakah yang menyebarkan fitnah berkenaan).

    Dalam Majlis Penerangan Perdana semalam, beliau sekali lagi menafikan fitnah yang cuba di bangkit oleh sesetengah pihak. Beliau juga menimbulkan persoalan, bagaimana mereka boleh mempercayai fitnah berkenaan kerana beliau sendiri pada waktu itu tidak pernah bertemu secara personal dengan Ziana Zain tidak kira di majlis mana sekali pun waima secara sulit kerana pada waktu berkenaan beliau jelas terlalu sibuk untuk melobi untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan beliau juga sentiasa bersama Datin Seri Rosmah. Ironinya, andai benar tangkapan di buat, sebagai seorang isteri, tiada isteri yang mampu tahan dengan berita berkenaan dan sudah semestinya fail penceraian akan di failkan oleh Datin Seri Rosmah. Ini adalah culture rakyat Malaysia.

    Bersambung....

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: JAWAPAN KEPADA PERTUDUHAN-SIRI 1 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top