My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 4 June 2015

    DRAMA U-TURN KEMBALI

    Jika semalam ahli Muktamar PAS sebulat suara bersetuju untuk menghentikan kerjasama dengan rakan Pakatan mereka DAP, Hari ini menerusi ucapan Datuk Seri Abdul Hadi Awang seolah-olah menyangkal keputusan semalam dengan mengatakan PAS akan meneruskan tahaluf siyasi mereka dengan rakan Pakatan termasuk DAP selagi tidak melanggar Al Quran dan sunnah.

    Perkara ini telah di jangka kerana kedudukan Abdul Hadi sebagai Presiden PAS jelas agak goyah menerusi tentangan yang di berikan oleh lawannya. Di tambah lagi beliau dalam kondisi tertekan apabila tiada seorang pun wakil dari rakan Pakatan hadir dalam muktamar pada kali ini. Hadi juga seolah-olah gentar apabila menerusi beberapa kenyataan media yang di keluarkan oleh barisan kepimpinan DAP jelas menunjukkan mereka tidak lagi mempercayai kepimpinan Abdul Hadi bagi terus menerajui PAS untuk penggal seterusnya.

    Atas rasa terdesak, beliau lebih rela untuk melakukan sesuatu yang paling biasa beliau lakukan, U-Turn, demi menyelamatkan karier politik beliau. Jelas sekali pengaruh DAP menerusi PASMA lebih memainkan peranan dalam pemilihan kali ini. Jika beliau mengharapkan undi menerusi ahli PAS biasa, ianya tidak mencukupi untuk beliau kekal berkuasa. Mahu atau tidak beliau terpaksa akur memancing undi menerusi PASMA untuk kekal berkuasa. Jadi ini memungkinkan beliau akan kekal berkuasa di PAS walaupun tindakan beliau jelas bertentengan dengan prinsip Majlis Syura yang mahu berundur dari menjalinkan kerjasama dengan DAP.

    Adakah Abdul Hadi masih mampu mempertahankan kerusi Presiden yang beliau sandang selama ini? Jelas ianya suatu persoalan yang menarik untuk di ikuti memandangkan beliau sanggup melakukan sekali lagi drama U-Turn beliau demi kuasa. Jelas sekali tidak kira siapa yang memenangi jawatan berkenaan, suara Majlis Syura semakin di tenggelami oleh DAP menerusi PASMA dan semua ini memungkinkan PKR dan DAP mennghantar wakil bagi menunjukkan sokongan kepada barisan kepimpinan PAS.


    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: DRAMA U-TURN KEMBALI Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top