My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 2 June 2015

    KEROSAKAN SABAH CIPTAAN TUN M

    Suatu ketika dahulu, heboh di perkatakan apa yang di panggil Projek IC di Negeri Sabah. Projek ini jelas menghantui jutaan penduduk Sabah dan sehingga ke hari ini projek ini jelas memakasa kerajaan yang ada kini untuk menanggung bahananya kerana apa yang di lakukan suatu ketika dahulu demi kelangsungan kuasa telah menyababkan gensrasi hari ini menanggung akibatnya.

    Apakah yang di panggil projek IC? Menerusi hasil siasatan Suruhanjaya Di Raja yang di tubuhkan khas untuk menyiasat dakwaan ini, projek ini berkisar kepada pemberian kad pengenalan bagi menjadikan pendatang asing samada dari Indonesia mahupun Fiilifina mendapat hak sebagai rakyat Malaysia tanpa perlu menjalani urusan dokumentasi yang rumit dan perjalanan melakukan permohonan yang panjang. Apa yang perlu mereka lakukan adalah memberi nama dan butiran peribadi mereka kepada ketua kampung atau penghulu. Urusan dokumentassi hanya akan di lakukan setelah semua keterangan diri di ambil. Projek ini sebenarnya telah lama berlaku iaitu sekitar 1983 hingga 1984 dan juga telah lama berakhir iaitu sekitar 1993. Tetapi kesannya dapat kita lihat sehingga kini.

    Kenapakah secara tiba-tiba penulis menulis tentang kisah ini walhal projek ini telah di jelaskan oleh Suruhanjaya Di Raja yang bertanggungjawab menyiasat perkara ini sebagai sudah tamat dan tiada lagi? Kerana dosa lalu kini menghantui Sabah dan negara amnya. Tragedi serangan pengganas Sulu sekitar 2013 menceritakan impak pemberian IC kepada orang luar ini. Umum mengetahui kebanyakan Bangsa Suluk mendiami kawasan pantai timur Sabah dan apabila pengganas Sulu menyerang sabah, adalah tidak menghairankan apabila mereka mendarat di Kampung Tanduo dan Sungai Nyamuk kerana di situ majoritinya adalah Bangsa Suluk yang mendapat kewarganegaraan hasil pemberian mantan Perdana Menteri pada waktu itu, Tun Dr Mahathir Mohamed.

    Apa yang di fahami, projek ini sebenarnya bermula sewaktu cita-cita Tun mahu Negeri Sabah berada di dalam tangan UMNO. Tun sanggup mempergunakan semua ini asalkan dapat menumbangkan Dato Seri Joseph Pairin Kitingan sebagai Ketua Menteri Sabah. Bermula dengan imigran Filifina berbangsa Suluk yang di beri kad pengenalan bagi membolehkan mereka mengundi menentang Pairin. Hasilnya, Pairin berjaya di tumbangkan dan UMNO bertapak semula di Sabah menerusi Tun Sakaran Dandai. Kini, apakah dosa Tun mampu d maafkan oleh mereka yang telah terkorban sewaktu perperangan menentang pengganas Sulu pada tahun 2013? Mujur kepimpinan UMNO selepas itu tidak sesekali mengabaikan kesejahteraan warga Sabah sehingga hari ini. Projek IC yag di mulakan oleh Tun M cuma mampu di selesaikan sepenuhnya oleh Perdana Menteri kini, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak menerusi penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja mengenai Projek IC di Sabah.

    Seperti biasa, jika di ajukan kepada Tun penglibatannya dalam skandal ini, beliau akan mengelak dari menjawab persoalan berkenaan kerana bagi beliau itu merupakan tindakan wajar bagi seorang Perdana Menteri. Benar seperti kata orang tua-tua, matlamat menghalalkan cara. Sekalung tahniah di ucapkan kepada Dato Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah dan Dato Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia di atas tindakan proaktif mereka bagi menjelaskan kepada umum, Projek IC ini pernah berlaku dan kini sudah lama di tamatkan. Malah jika ada mereka yang masih memegang IC Bunga Raya dahulu, kini mereka bukan lagi warganegara Malaysia yang sah dan tidak di iktiraf sebagai warganegara lagi. Tindakan pengusiran juga kini sedang giat di jalankan dan semoga usaha ESSCOM mengawal 1,514 kilometer pantai timur Sabah sentiiasa di lindungi dari sebarang anasir jahat.




    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KEROSAKAN SABAH CIPTAAN TUN M Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top