My Blog List

Translate

  • PANAS

    Friday 5 June 2015

    NOTHING TO HIDE-PEMBUKA BICARA

    Bertempat di Dewan Tun Hussien Onn PWTC akan berlansung sebentar lagi program Dialog PM bersama NGO "Nothing To Hide" anjuran Sukarelawan Peguam Malaysia (SUKAGUAM) DAN badan Pemikir Jasa. Program ini bertujuan untuk menjawab segala persoalan yang berlaku di Malaysia kini.

    Buat julung kalinya, kemungkinan pertemuan Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan berlaku di tempat terbuka. Kesudian Perdana Menteri untuk hadir bagi menjawab pelbagai soalan berkaitan isu semasa juga sesuatu yang baik kerana dengan jawapan yang telus secara terbuka sebegini di harap mampu untuk membuka kembali lembaran baru dan sekaligus menepis persepsi negatif terhadap kepimpinan beliau.

    Program yang di jangka hangat pagi ini dihadiri kira-kira 1,200 orang peserta yang terdiri dari pengamal media sosial dan media arus perdana. Ianya jelas merupakan peluang terbaik bagi rakyat Marhain untuk bertanyakan terus kepada Perdana Menteri berkaitan isu semasa.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: NOTHING TO HIDE-PEMBUKA BICARA Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top