My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 4 June 2015

    DAP DI MALUKAN PASMA?

    Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz atas kemenangan beliau dalam pemilihan Ketua Dewan Pemuda Pas bagi sesi 2015 / 2017 dengan mengalahkan penyandang jawatan berkenaan sebelum ini, Suhaizan Kaiat dengan majoriti agak besar. Kemenangan ini lebih manis apabila timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS juga di menangi oleh golongan pro ulama, iaitu Muhammad Khalil Abdul Hadi, anak kepada Penyandang Presiden PAS kini, Dato Seri Abdul Hadi Awang.

    Jelas sekali suara anak muda PAS kini terserlah dengan menolak mereka yang lebih kearah berfahaman liberal dari golongan profesional. Menerusi kenyataan terbaru Suhaizan Kaiat, beliau mengatakan beliau menerima kekalahan beliau dengan hati terbuka dan pada masa yang sama beliau berharap Yang Berhormat Nik Abduh mampu membawa suara anak muda PAS mara lebih jauh. Kemenangan ini seolah-olah cuba menyampaikan sesuatu yang lebih terbuka apabila majoriti anak muda PAS menolak wakil dari golongan PASMA. Ini membibitkan harapan cerah bagi penyandang jawatan Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan jawatan beliau sekali lagi di sebalik serangan tidak berhenti dari Timbalannya sendiri, Mohamad Sabu.

    Apa yang penulis dapat simpulkan di sini, kemenangan Nik Abduh ini nyata menggusarkan rakan Pakatan itu sendiri. Nik Abduh, tidak seperti arwah bapanya, beliau lebih rasional dalam membuat keputusan. Hubungan rapat beliau dengan Majlis Syura juga jelas membimbangkan rakan pakatan yang lain di tambahan pula muktamar sebulat suara untuk tidak lagi bekerjasama dengan DAP dalam meneruskan tahalul siyasi yang di amalkan sejak pilihanraya umum ke 12 lagi. Tambah menarik apabila terdapat usul dari Dewan Muslimah PAS yang mendesak badan disiplin parti memecat ahli yang bersekongkol dan menyertai PASMA dengan apa yang di lihat sebagai punca perpecahan di dalam parti itu sendiri.

    Jelas Muktamar kali ke 56 ini mempunyai signifikannya sendiri dalam menentukan hala tuju PAS dan survival pas dalam arena politik tanah air. Seperti kita maklum PASMA di naungi oleh DAP dengan harapan besar Lim Guan Eng di pikul oleh barisan ahli PASMA dalam menggulingkan Presiden PAS pada muktamar kali ini. Setelah "ayam sabung" pertama PASMA tewas besar, harapan tunggal yang masih ada adalah menerusi pertandingan mereka kini bergantung kepada kemampuan mereka menumbangkan Abdul Hadi bagi jawatan Presiden. Jika mereka mampu menumbangkan Abdul Hadi, setidak-tidaknya pelaburan Lim Guan Eng akan berjaya. Tetapi jika sebaliknya berlaku, penulis menjangkakan DAP pasti akan memutuskan terus penglibatan mereka dengan PASMA dan akan meninggalkan PASMA dalam keadaan goyah dan seterusnya berkubur. Apabila berkuburnya PASMA maka bolehlah dianggap karier politik Mohhamad Sabu juga akan berkubur.

    Inilah percaturan menarik Muktamar PAS pada kali ini. Mohamad Sabu meletakkan kariernya sebagai pertaruhan setelah terlalu banyak termakan budi dari DAP. Balasan yang di minta DAP mudah, tumbangkan Abdul Hadi dan biarkan DAP menguruskan PAS semahunya. Tetapi perancangan Abdul Hadi jauh lebih bijak. Menggunakan sentimen pesanan Allahyarham Dato Nik Abdul Aziz yang tidak mahu melihat PAS hancur di tangan "barua-barua dan broker", beliau meraih sokongan agak besar pada kali ini menerusi survey yang di buat pada muktamar kali ini. Apapun, tahniah atas keberanian PAS memutuskan hubungan dengan DAP. Penulis faham, kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat hanya akan di putuskan oleh Presiden yang memenangi pemilihan itu nanti dengan restu Murshidul Am PAS, Dato Harun Din dan kebenaran Majlis Syura PAS. Jadi kita akan melihat, samada semua ini berkekalan atau masih terdapat kenyataan U-Turn yang akan di buat nanti.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: DAP DI MALUKAN PASMA? Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top