My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 9 June 2015

    AGENDA TUN-SUATU HELAH

    Kritikan terbuka Tun Dr Mahathir Mohamed bukan perkara baru dan aneh. Ramai yang mengatakan beliau amat menyayangi Malaysia sehinggakan pemimpin selepas beliau tidak di benarkan langsung untuk membuat silap mahupun salah. Jika ada sebarang kesalahan yang di lakukan, beliau tidak akan teragak-agak menghentam pemimpin berkenaan sehingga pemimpin berkenaan samada berundur secara senyap mahupun di paksa meletakkan jawatan.

    Bukan menjadi suatu perkara yang baru apabila kini beliau menghentam Datuk Seri Mohd Najib tanpa henti sejak setahun yang lalu. Jika dahulu gerakan beliau menjatuhkan Mantan Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi di sokong ramai orang, tetapi kini beliau kini hanya di sokong oleh mereka-mereka yang kecewa setelah apa yang di hajati menerusi kerajaan pimpinan Najib tidak di penuhi. Kenapakah Tun bertindak begini sedangkan seluruh dunia tahu bahawa beliau telah membawa dimensi baru di dalam dunia dan berjasa di Malaysia? Adakah beliau mahu orang ramai melupakan jasa beliau supaya orang boleh melihat kepimpinan Datuk Seri Najib?

    Jika di lihat senario kini, sepatutnya Tun Abdullah paling layak untuk bersuara kerana Datuk Seri Najib mewarisi negara menerusi beliau. cara beliau di jatuhkan juga benar-benar tidak masuk akal. Tetapi Tun Abdullah jelas lebih matang dalam urusan negara dengan memilih untuk mendiamkan diri kerana zaman beliau sudah berlalu. Tidak seperti Tun M yang berterusan menggambarkan beliau seolah-olah superhero Malaysia dengan memperjuangkan sesuatu yang beliau sendiri sudah tahu jawapannya. Tidakkah beliau sedar bahawa tindakan beliau kini membawa kepada kelemahan UMNO itu sendiri?

    Ramai yang memperkatakan Tun hanya bertanya tetapi tiada jawapan jelas di perolehi. Sudah banyak blog, kenyataan rasmi mahupun temuramah khas di buat untuk menerangkan dan menjawab persoalan Tun tetapi samada Tun mahupun penyokongnya memekakkan telinga seolah-olah ada helah di sebalik agenda. Mereka lebih berminat memanjangkan perselisihan faham yang berlaku di dalam UMNO tetapi tidak langsung memikirkan jalan penyelesaian bagi setiap permasalahan.

    Ini yang jelas tidak di fahami ramai, kenapa seorang yang mencurahkan segalanya untuk Malaysia hampir 22 tahun tetapi bertindak seperti pengkhianat di hujung usianya. Adakah beliau di pergunakan oleh bekas pemimpin yang kecewa di dalam UMNO? Adakah beliau di kudakan penyokong beliau sendiri dan lebih utama adakah beliau kini di peralatkan oleh pembangkang kerana sejak akhir-akhir ini tiada langsung suara pembangkang samada Nurul Izzah, Rafizi mahupun Lim Guan Eng menghentam kerajaan seperti sebelum-sebelum ini. Tepuk dada dan fikirkan sendiri bahana tindakan kalian untuk UMNO akan datang.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: AGENDA TUN-SUATU HELAH Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top