My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 15 August 2015

    RANGKUMAN SEMINGGU ISU SEMASA DAN POLITIK

    Pelbagai isu semasa dan politik menghiasi minggu kedua pada bulan kemerdekaan ini. Walaupun tidak semuanya boleh membuatkan kita tersenyum, tetapi walau apapun yang telah terjadi, kita berjaya mengharunginya dengan tabah dan sabar.

    Sepanjang minggu lepas dibuka dengan krisis penurunan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dollar Amerika. Seperti biasa, terlalu banyak teori dan alasan di viralkan oleh "pakar-pakar" ekonomi Facebook, Whatsapp dan kedai-kedai kopi. Masing-masing mengemukakan andaian mereka dan paling melucukan ada yang mendakwa hanya Ringgit Malaysia sahaja yang jatuh.

    Sebenarnya, terlalu banyak faktor yang menyebabkan Ringgit Malaysia diniagakan dalam keadaan lemah. Setakat 5 petang kelmarin, Ringgit ditutup pada RM 4.008 berbanding USD $1 Dollar. Antara faktor yang menyumbang kepada kelemahan Ringgit ini adalah kelemahan matawang China di pasaran dunia, Amerika menaikkan kadar faedah Rizab Persekutuan dan lain-lain lagi.

    Semua faktor ini menyumbangkan kepada kelemahan Ringgit. Ironinya, bukan hanya Ringgit sahaja yang diniagakan lemah, hampir 156 matawang lagi turut diniagakan lemah.

    Himpunan BERSIH yang dijadualkan akan berlangsung pada 29 dan 30Ogos ini juga turut menarik perhatian. Pihak penganjur himpunan ini seolah-olah berdegil di sebalik amaran pihak Polis supaya pihak penganjur mematuhi akta yang telah ditetapkan.

    Malah himpunan ini nyata mendapat sokongan penuh dari para pemimpin pembangkang dan ini sekaligus menjadikan BERSIH seperti mendapat dorongan untuk terus melanggar syarat yang dikenakan oleh pihak Polis.

    Disamping itu, negara juga dikejutkan dengan video dari kumpulan Anonymous antarabangsa yang kononnya akan mengganggu laman-laman web kerajaan dan juga portal-portal berita yang pro kerajaan. Video ugutan selama 7 minit 59 saat in
    i juga mendakwa banyak kesalahan yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib selama pemerintahan beliau sejak 2009.

    Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zati Akhtar Aziz telah kembali memulakan tugas beliau di Bank Negara. Reaksi pertama beliau apabila melihat keadaan Ringgit yang diniagakan lemah, beliau menolak sebarang cadangan untuk menambat nilai Ringgit seperti yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir sewaktu krisis matawang Asia pada tahun 1998.

    Beliau juga menambah asas kekuatan ekonomi negara juga kekal mengukuh disebalik perkembangan Keluaran Dalam Negara Kasar tumbuh pada kadar sederhana. Jadi, pihak Bank Negara mengambil sikap tunggu dan lihat terhadap perkembangan Ringgit ini.

    Penglibatan beberapa orang artis yang cuba menjadi pengkritik politik juga menarik perhatian rakyat Malaysia. Penyanyi Waheeda yang terkenal dengan lagu Wassini, menarik perhatian ramai dengan kritikan pedas beliau terhadap kenaikan indek jenayah negara.

    Manakala wartawan rancangan Melodi, Zuan Azmi atau lebih dikenali sebagai Zuan
    Bikin Panas benar-benar mencabar kesabaran rakyat Malaysia dengan memuat naik gamar edit Perdana Menteri dalam keadaan mengaibkan. Walaupun permohonan maaf sudah dilakukan, tetapi beliau memilih untuk tidak memohon maaf kepada Perdana Menteri akibat kebiadaban beliau.

    Jelas warna warni arena politik negara banyak dipengaruhi oleh sentimen semasa. Ianya menuntut kita untuk menjadi lebih matang dan tidak bertindak terburu-buru serta membuta tuli dalam segala hal.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: RANGKUMAN SEMINGGU ISU SEMASA DAN POLITIK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top