My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 10 August 2015

    ANWAR IBRAHIM MENTOR KHAIRY JAMALUDDIN

    Nama Ketua Pemuda UMNO Malaysia kembali menjadi bualan hangat berikutan beberapa kenyataan yang dibuat oleh beliau kelmarin berhubung penahanan beberapa orang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

    Perkara ini sebenarnya tidak menimbulkan keraguan langsung kerana jika dilihat daripada gerak kerja Khairy sendiri yang seolah-olah amat gemarkan "over exposure". Kebiasaannya beliau lebih gemar bertindak mengikut arus yang berlegar di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter mahupun Whatsapp.

    Dalam dunia cyber hari ini, permainan persepsi seperti ini sebenarnya telah dimainkan oleh Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelbagai persepsi dimainkan oleh Anwar samada dari pengundi Bangla, Blackout mahupun manipulasi undi untuk menekan pembangkang.

    Kini, permainan yang sama dimainkan sekali lagi oleh Khairy Jamaluddin. Beliau dilihat mengambil risiko selaku Menteri Kabinet dengan berterusan mempertikai apa yang dilakukan oleh Datuk Seri Mohd Najib tanpa mengira komen-komen beliau berasas ataupun tidak.

    Permainan ini sebenarnya dirintis oleh Anwar sebelum ini dimana beliau mampu memanipulasikan pemikiran penyokong mahupun lawan dalam sesuatu isu. Dari beliau berada bersama kerajaan mahupun diluar, mainan persepsi yang dicipta Anwar sentiasa disambut oleh mereka yang memilih untuk menjadi pembangkang kepada kerajaan.

    Bayangkan kehebatan Anwar sehingga mampu menundukkan keegoan PAS dan DAP sehinggakan mereka boleh bergerak mengikut telunjuk Anwar.

    Kini, jejak yang ditinggalkan Anwar di ikuti oleh Khairy. Sebaik rombakkan kabinet dilakukan oleh Perdana Menteri, kelibat beliau semakin lantang dengan mengkritik kepimpinan Perdana Menteri. Beliau dilihat tidak kisah dengan apa yang akan terjadi dan akibat daripada tindakan beliau.

    Pada masa yang sama, Kementerian dibawah jagaan beliau dilihat seperti tidak bermaya dengan arena sukan tanahair juga semakin merudum di peringkat antarabangsa. Untuk Pemuda UMNO, pertubuhan sayap UMNO ini juga dilihat semakin tidak relevan.

    Beliau memilih "seolah-olah" enggan mempertahankan ketua beliau dalam banyak hal. Ini juga yang dilakukan oleh Anwar sewaktu beliau langsung membiarkan Tun M diserang oleh pembangkang apabila dikatakan enggan melaksanakan hukum Hudud.

    Jelas kini, tiada apa yang boleh dibanggakan lagi dengan Ketua Pemuda UMNO kini. Beliau seharusnya bersyukur kerana beliau tidak terjejas dengan rombakan kabinet yang lepas dan kedudukan beliau masih kekal disebalik semua langkah sumbang beliau terhadap Datuk Seri Mohd Najib. 

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: ANWAR IBRAHIM MENTOR KHAIRY JAMALUDDIN Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top