Antara impian utama DAP sepanjang terbentuknya parti ini adalah untuk menguasai negara dan menukar sistem pentadbiran negara berasaskan Republik sepenuhnya. Semuanya boleh kita lihat sendiri di dalam prinsip Malaysia Malaysian yang diperjuangkan parti ini sejak sekian lama.
Justeru, antara langkah utama yang perlu diambil oleh DAP adalah cuba memusnahkan MCA dan Gerakan yang turut sama menjadi wakil kaum Cina di dalam kerajaan. Pelbagai usaha digerakkan DAP untuk memastikan kaum Cina menolak sepenuhnya MCA dan Gerakan termasuk menghasut kaum Melayu menolak semua calon MCA dan gerakan kononnya kedua parti ini adalah ejen DAP.
Malah, DAP turut mempunyai perancangan mereka sendiri untuk menjahanamkan kewujudan MCA yang semua pihak akui, parti berkenaan adalah parti komponen utama Barisan Nasional. DAP benar-benar mahu seluruh kaum Cina di negara ini menyokong perjuangan mereka bagi merubah landskap pentadbiran negara kearah sebuah negara Republik seandainya mereka membentuk kerajaan kelak.
Namun, satu perkara yang menjadi halangan utama buat DAP untuk menjahanamkan MCA adalah, parti komponen berkenaan sentiasa akur kepada konsesus dalaman BN yang memastikan kesaling hubungan antara kesemua parti yang ada di dalam BN.
Sikap toleransi dan saling hormat menghormati adalah suatu perkara yang tiada di dalam DAP. Bagi DAP, mereka hanya mahukan kuasa mutlak dengan mempergunakan semua parti yang membentuk pakatan dengannya bagi membolehkan mereka mencapai impian mereka.
Malah, keinginan kuat DAP yang berteraskan ultra kiasu ini jelas ditolak mentah-mentah oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum Bumiputera yang menguasai 68 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini. Bagaimana DAP mahu merubah landskap politik dan pentadbiran negara jika amalan jahat seumpama ini kekal mereka agungkan?
Perlu diingatkan, tidak kira UMNO, MCA, MIC mahupun lain-lain parti yang membentuk BN sejak sekian lama menyetujui satu perkara. Perkara berkenaan adalah saling hormat menghormati antara kaum dan perkara inilah yang tiada di dalam teras utama DAP.
0 comments:
Post a Comment