Bagi penduduk di Pantai Timur Semenanjung Malaysia, antara projek yang amat dinantikan pembinaannya adalah projek East Cost Rail Link (ECRL) yang akan memudahkan perhubungan dari Kelantan, Terengganu, Pahang ke Lembah Klang.
Projek yang diaspirasikan oleh Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan di pantau sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat Malaysia (SPAD) ini sebenarnya akan mampu menaik taraf sektor ekonomi di Pantai Timur apabila projek ini siap kelak. Malah, faedahnya turut dinikmati oleh penduduk yang tinggal di sepanjang pembinaan ECRL berkenaan.
Namun begitu, pembinaan yang dianggap sebagai pemangkin pengangkutan awam rel negara ini nampaknya tidak terlepas dari serangan politik. Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, dia berkata, seandainya Pakatan Harapan membentuk kerajaan, perkara pertama yang akan di lakukan oleh Pakatan Harapan adalah menghentikan pembinaan ECRL.
Katanya, pembinaan yang menelan belanja RM 55 bilion dengan jarak 688 kilometer ini adalah satu pembaziran. Dia mendakwa, siapa yang mahu menaiki ECRL yang akan memakan masa sehingga 14 jam dari Pelabuhan Klang ke Wakaf Baru di Kelantan. Tambahan pula, kos yang dibelanjakan cukup tinggi dan ianya menjebakkan negara kedalam kancah hutang yang amat tinggi.
Nampaknya, Mahathir sekali lagi cuba mengheret projek untuk rakyat yang diusahakan kerajaan ini kekancah politik. Apa yang Mahathir cuba kelirukan rakyat adalah, Projek ECRL ini sebenarnya dibangunkan bagi membolehkan rakyat di Pantai Timur dan Pantai barat Semenanjung mudah untuk berhubung.
Bagi sesiapa yang pernah menggunakan jalan darat untuk ke Pantai Timur mahupun Pantai Barat terutamanya musim perayaan, sudah tentu akan ingat bagaimana jarak dan masa yang terpaksa di ambil. Ada diantaranya mengambil masa sehingga 12 jam di atas jalan raya hanya semata-mata mahu pulang ke kampung halaman terutamanya musim perayaan.
Justeru, pembinaan ini dilihat sebagai satu alternatif tambahan bagi memudahkan rakyat pada masa akan datang. Dakwaan Mahathir kononnya para penumpang ECRL mengambil masa sehingga 14 jam untuk ke Pantai Timur mahupun sebaliknya, nampaknya satu dakwaan yang cukup melucukan.
Manakan tidak, seandainya ECRL ini berfungsi kelak, ianya hanya mengambil masa selama 4 jam sahaja. Ini bukan keretapi mel biasa yang memakan masa berbelas jam untuk sampai ke stesen utama di Tumpat.
Nampaknya, Mahathir dan pembangkang beriya-ia mahu menghapuskan sebarang pembangunan yang diusahakan oleh kerajaan. Tidak ada satu pun pembinaan mampu dijayakan tanpa kerjasama dengan negara luar. Malah, semasa pembinaan Lebuhraya Utara Selatan dahulupun, Mahathir menjalinkan kerjasama dengan syarikat Korea dan Jepun, termasuklah pembinaan KLCC.
Usah terlalu beretorik sehingga boleh menyusahkan rakyat. Penduduk di Pantai Timus sudah lama agak terasing dengan pembangunan yang dinikmati di Pantai Barat Semenanjung. Jika hal ini dipolitikkan sehingga pembinaan ECRL juga mahu di batalkan, nampaknya, apa sahaja yang dilakukan kerajaan hari ini akan dipolitikkan dan tidak mustahil akan di mansuhkan sekiranya Pakatan Harapan membentuk kerajaan kelak.
0 comments:
Post a Comment