My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 10 April 2018

    Wan Ji Di Penjara 9 Bulan



    Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan ke atas seorang penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin, 35, kerana menerbitkan kenyataan berbaur hasutan bagi menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui laman sosial Facebook lima tahun lalu. 

    Hakim Mohd. Sabri Ismail membuat keputusan itu ke atas Wan Ji atau dikenali dengan panggilan Ustaz Wan Ji selepas mendengar dan meneliti kesemua keterangan dan hujahan daripada pihak pendakwaan serta pem­belaan sepanjang prosi­ding tersebut.

    Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan peguam untuk penggantungan hukuman itu dan membebaskan tertuduh dengan ikat jamin RM5,000 sementara me­nunggu proses rayuan.

    Pada 10 September 2014, Wan Ji me­ngaku tidak bersalah atas pertuduhan menerbitkan perkataan menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam laman sosial Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Wan Ji Di Penjara 9 Bulan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top