My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 9 April 2018

    7,000 Terjual Selepas 4 Hari Dilancarkan



    Huawei merekodkan prestasi jualan memberangsangkan bagi model Nova 2 lite, iaitu 7,000 unit selepas empat hari dilancarkan pada harga RM799. 

    Pengarah Negara Huawei Malaysia Bill Liu berkata, pihaknya berjaya menawarkan produk berteknologi tinggi kepada pelanggan. “Huawei Nova 2 lite adalah bukti komitmen kami terhadap pelanggan kerana kami sentiasa mendengar maklum balas dan reka bentuk telefon pintar selari dengan gaya hidup.

    “Kami berterima kasih kepada pelanggan yang menyokong produk ini,” katanya dalam satu kenyataannya di Kuala Lumpur.

    Huawei Nova 2 lite direka khusus dengan prestasi tinggi dan mempunyai ketahanan yang bersesuaian bagi pengguna golongan muda. Telefon pintar itu mempunyai RAM 3GB dengan ROM 32GB.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: 7,000 Terjual Selepas 4 Hari Dilancarkan Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top