My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 5 April 2018

    Balasan Suami Panas Baran



    Tindakan seorang suami yang mengugut bunuh dan membaling pasu bunga ke arah kereta isterinya pada tahun lalu, akhirnya dibalas de­ngan dia dikenakan hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam. 

    Majistret Salamiah Sa­l­leh menjatuhkan hukuman itu selepas Zulkifle Harun, 57, mengaku bersalah sebaik dua pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah. Mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM2,000 bagi setiap pertuduhan.

    Selain itu, tertuduh juga berhadapan lapan bulan dipenjara jika gagal membayar denda itu. Tertuduh yang tidak be­kerja tidak membayar denda tersebut dan dia dibawa ke Penjara Sungai Buloh. Isteri tertuduh tidak kelihatan di mahkamah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Balasan Suami Panas Baran Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top