My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 5 April 2018

    Proton Saga Rempuh Jentolak, Dua Lelaki Maut



    Dua lelaki maut dipercayai tersepit selepas kenderaan jenis Proton Saga FLX yang dinaiki merempuh sebuah jentera di Jalan Kanibongan-Pitas malam tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam tersebut, mangsa, Joddy Kumin, 33, dan Sandro Vickie, 25, yang tersepit berjaya dibawa keluar oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Marudu dekat sini. 

    Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, seramai enam anggota dan sebuah jentera dikerahkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.07 malam. "Dua lelaki terbabit berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya hari ini.

    Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Marudu, Superitendan Mohd. Izaan Abdullah mengesahkan mengenai insiden itu. "Hasil siasatan awal mendapati ketika melalui lokasi kejadian kereta mangsa telah terbabas lalu merempuh sebuah jentolak yang diletakkan di bahu jalan raya. "Kesan kemalangan ini mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," jelasnya ketika dihubungi.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Proton Saga Rempuh Jentolak, Dua Lelaki Maut Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top