My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 5 April 2018

    Presiden PAN Dihalang Masuk Ke Sarawak



    Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dihalang untuk memasuki Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) di sini hari ini. 

    Setiausaha Politiknya, Mohd Azhar Mat Dali berkata, sebelum itu, Mohamad Sabu tiba di LTAK dari Kuala Lumpur pada pukul 9.30 pagi untuk menghadiri mesyuarat parti tersebut di sini. Bagaimanapun katanya, semasa melalui pemeriksaan di kaunter Jabatan Imigresen, Presiden PAN tersebut telah ditahan dan dihalang untuk memasuki negeri ini.

    "Pada minggu lalu, beliau (Mohamad Sabu) dibenarkan masuk ke Sarawak ketika menghadiri satu program di Bintulu. "Namun, hari ini beliau telah dihalang memasuki Sarawak setiba di LTAK pada pukul 9.30 pagi ini," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

    Pada 22 Mac 2016, Mohamad Sabu pernah ditahan memasuki Sarawak ketika kempen Pilihan Raya Negeri Ke-11 Sarawak.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Presiden PAN Dihalang Masuk Ke Sarawak Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top