My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday, 5 April 2018

    Sejak Jadi Kuda DAP, Mahathir Suka Sangat Menghina Orang



    Itu tugas baru Mahathir? Menghina orang sahaja kerjanya. Hina orang Bugis. Hina orang jual nasi lemak. Hina orang kerja sebagai pemandu Grab. Hina ibadah umrah Dato Seri Najib. Hina orang pergi haji dengan duit 1MDB dan hina orang Dusun di Sabah. Nampaknya Mahathir sudah tidak ada modal lain menjelang PRU14 ini. 

    Inilah sahaja caranya, menghina orang lain untuk meraih undi. Pada waktu sekarang ini, yang Mahathir tidak hina dan dianggap suci adalah DAP sahaja. Orang lain habis dihina dan dituduh macam macam oleh Mahathir. Tuduh Datuk Seri Najib sembah duit. Kata macam macam kepada Datin Seri Rosmah dalam ceramah dan ugut hendak buang penjawat awam.

    Mahathir ingat dia seorang sahaja yang betul, orang lain semua tidak betul. Namun Mahathir sampai ke hari tidak rasa terhina bila dipanggil sebagai kuda tunggangan DAP. Disebut lagi secara terang terang oleh Hew Kuan Yau, Superman DAP dalam ceramah DAP di Sandakan pada 16 September 2016.

    “Kita selamatkan Mahathir dan menggunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib. Lim Kit Siang gunakan Mahathir untuk 'Selamatkan Malaysia'. Lim Kit Siang sudah cari banyak cara untuk 'Selamatkan Malaysia' termasuk memperalatkan Mahathir.

    “Hari ini, aku bagi pesanan ini, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib,” kata Hew Kuan Yau. Sampai ke hari ini, Mahathir tidak pernah pun merasa terhina dipanggil sebagai kuda DAP oleh Hew. Bukan sekali Hew menyatakan Mahathir sebagai kuda DAP.

    Dalam ceramah ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Hew menggesa pengundi agar undi Aziz, calon DAP agar boleh digunakan untuk “screw” orang Melayu. “Kerana Malaysia sudah jadi “negara ayam”… Kita selamatkan Mahathir, dan gunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib,” kata Hew Kuan Yau ketika kempen PRN Sarawak pada 2016.

    Mahathir dalam satu forum di Kuala Lumpur baru baru ini telah menghina orang Dusun sebagai pemalas. Dalam froum tersebut, Mahathir berkata orang Sabah dan Sarawak jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negeri lain di Semenanjung kerana masyarakatnya “bermentaliti rendah” dan pentadbir dua negeri itu yang tamak dan mahu meraih wang cepat seperti menjual hasil balak negeri ke luar negara.

    Inilah cara Mahathir, dekat dekat dengan pilihanraya suka sangat menghina orang lain. Namun kuasa Allah SWT Maha Besar, semalam dalam satu sidang media di parlimen, Allah SWT tunjukkan siapa sebenarnya Mahathir. Lihat video di pautan ini :  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1723463657748583&id=1122306847864270

    Dalam sidang media itu, Mahathir ketika menjawab soalan mengenai tol tergagap gagap memberikan jawapan. Mahathir kena pandang muka ahli parlimen DAP iaitu Anthony Loke, Ahli Parlimen DAP Rasah dan Liew Ching Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang untuk mendapatkan jawapan. Bila dua ahli parlimen DAP itu beri jawapan, baru Mahathir jawab.

    Bukan satu soalan tetapi banyak soalan yang jawapannya ada pada DAP. Allah SWT sudah tunjuk bagaimana DAP mempergunakan Mahathir. Allah SWT sudah tunjuk bagaimana DAP memperkudakan Mahathir. Belum lagi menjadi "Perdana Menteri Sementara", DAP sudah tunjuk siapa sebenarnya yang berkuasa.

    Ini baru jadi calon kepada PM Sementara, sudah diperkudakan begitu sahaja oleh DAP. Dulu kita pernah lihat bagaimana Nizar diapit oleh Nga dan Ngeh di Perak. Semalam, Allah SWT tunjuk bagaimana Mahathir diapit oleh Anthony dan Liew dari DAP. Sudah jadi sebagaimana yang disebut oleh Superman DAP.

    Mahathir sudah kena ‘screw’ dan sudah jadi kuda DAP. Namun apa boleh buat, Mahathir sedikit pun rasa tidak malu diperkudakan oleh DAP. Malah mengaku lagi mahu guna logo DAP kalau hendak tanding pada PRU14. Jangan terkejut kalau DAP serahkan kerusi di Seputeh, Cheras atau Bukit Bintang kepada Mahathir dan Mukhriz.

    DAP akan buat apa sahaja untuk kudakan Mahathir dan Mukhriz bagi mendapat kuasa. Mahathir pula seronok hina orang lain. Mahathir mahu rakyat Pantai Timur terus tertindas bila mahu batal projek ECRL. Mahathir hina orang Sabah dan Sarawak.

    Mahathir hina orang Bugis. Rakyat Malaysia kena bagi kekalahan yang memalukan kepada Mahahtir dan pembangkang dalam PRU14 nanti. Balas balik semua penghinaan itu dengan menolak mereka dalam kertas undi nanti.

    Beruang Biru
    Khamis
    5 April 2018
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Sejak Jadi Kuda DAP, Mahathir Suka Sangat Menghina Orang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top