My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 4 April 2018

    Intip Telefon Pasangan 'Satu Jenayah'



    Pasangan berkahwin di Arab Saudi mungkin berfikir dua kali untuk mengintip telefon bimbit pasangan masing-masing kerana ia kini dianggap sebagai satu perbuatan jenayah. 

    Perkara itu disahkan oleh Kementerian Penerangan Arab Saudi menerusi kenyataan yang dikeluarkan. Menurutnya, jika sabit kesalahan individu terbabit boleh didenda sehingga 500,000 riyal (RM516,000) dan penjara setahun.

    Peraturan itu sebahagian daripada undang-undang anti-siber baharu yang berkuat kuasa, minggu lalu. Kementerian berkata, undang-undang itu diperkenalkan untuk melindungi moral individu dan masyarakat serta maklumat peribadi mereka.

    Langkah dibuat ketika berlakunya peningkatan jenayah siber seperti memeras ugut, penyelewengan dan fitnah.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Intip Telefon Pasangan 'Satu Jenayah' Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top