My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 4 April 2018

    Tak Mengaku Salah Kurung Lelaki



    Tiga lelaki termasuk dua beranak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas tuduhan mengurung seorang bekas peniaga kayu bakau di sebuah kedai di Taman Sentosa di sini minggu lalu. 

    Tertuduh, C. Baskaran, 51, dan anaknya, B. Navindran, 21, serta seorang lelaki, D. Ravi, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.

    Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama secara salah mengurung Tiew Beng Lee, 52, yang juga bekas peniaga kayu balak di sebuah kedai di Taman Sentosa di sini, kira-kira pukul 10 pagi, 29 Mac lalu.

    Ketiga-tiga mereka di­dakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Tak Mengaku Salah Kurung Lelaki Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top