My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 4 April 2018

    Lelaki Maut Motosikal Terbabas Sendiri



    Seorang pemandu Pejabat Kesihatan Beaufort maut selepas motosikal jenis Yamaha yang ditunggangnya dipercayai terbabas sendiri di Kilometer 3, Jalan Beaufort-Menumbok di sini hari ini. 

    Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Nurisin Pahun @ Paun berusia 53 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah pada bahagian kepala.

    Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superitendan Azmir Abd. Razak berkata, sebelum insiden berlaku mangsa dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Lupak dekat sini. 

    "Sebaik tiba di lokasi motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu menyebabkan dia terjatuh di atas jalan raya. Kesan kemalangan ini lelaki terbabit mengalami kecederaan parah pada kepala," katanya hari ini.

    Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Beaufort di sini untuk proses bedah siasat. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lelaki Maut Motosikal Terbabas Sendiri Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top