My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 7 April 2018

    Lima Pelajar Kantoi Bawa Kerambit



    TINDAKAN 'nakal' lima pelajar sekolah yang membawa kerambit ketika keluar minum bersama rakan mengundah padah apabila mereka ditahan polis di Bandar Sunway, semalam. 

    Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Muhammad Azlin Sadari berkata, suspek berusia 19 tahun ditahan pada 12.30 tengah malam oleh Unit Kereta Peronda (MPV) ketika membuat rondaan. "Ketika ditahan, kenderaan pelbagai guna dinaiki pelajar itu dalam keadaan mencurigakan. 

    "Pemeriksaan mendapati kereta terbabit dimiliki oleh ibu seorang daripada pelajar berkenaan," katanya. Muhammad Azlin berkata, pemeriksaan ke atas kenderaan berkenaan menemui senjata tajam dipercayai kerambit yang diletakkan di bawah kerusi bahagian pemandu.

    "Semua individu yang ditahan itu dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya untuk ujian saringan air kencing. Siasatan mendapati senjata itu sengaja disimpan oleh kumpulan pelajar berkenaan," katanya.

    Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 7 (1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Lima Pelajar Kantoi Bawa Kerambit Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top