My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 7 April 2018

    Rabies Ragut Nyawa Ketujuh



    VIRUS rabies atau penyakit anjing gila yang dikesan di Sarawak sejak pertengahan tahun lalu, meragut nyawa mangsa ketujuh apabila lelaki berusia 26 tahun meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching, Selasa lalu. 

    Mangsa dari Taman Seri Makmur, Batu 6, Matang, mempunyai sejarah digigit anjing liar pada 23 Disember tahun lalu, namun beliau tidak mendapatkan rawatan di hospital atau klinik.

    Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, mangsa hanya mendapatkan ubat dari farmasi berdekatan. Beliau berkata, lelaki itu kemudiannya mengalami sakit otot, kebas serta sakit kepala dan mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 29 dan 30 Mac sebelum dirujuk ke HUS.

    “Ketika dirujuk ke HUS, mangsa sudah menunjukkan gejala hydrophobia, aerophobia, sakit kepala, halusinasi, lemah anggota kaki dan muka. Keadaannya bertambah teruk dan beliau disahkan meninggal dunia pada 3 April (Selasa),” katanya dalam satu kenyataan kepada media, semalam.

    Menurut kenyataan itu, sejak 30 Jun lalu sehingga kini, terdapat lapan kes rabies yang dikesan dalam kalangan manusia. “Tujuh daripada mangsa meninggal dunia manakala satu kes dibenarkan keluar dari hospital untuk diberikan rawatan di rumah.

    “Sehingga kini, sebanyak 30 kawasan di lima bahagian di Sarawak diisytiharkan sebagai kawasan jangkitan virus rabies iaitu di Serian, Sri Aman, Kuching, Samarahan dan Sarikei,” katanya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Rabies Ragut Nyawa Ketujuh Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top