My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday, 10 April 2018

    Setiap Peristiwa Yang Berlaku Di Zaman Mahathir, Ada Kisah Di Sebaliknya


    Tidak ada sesiapa dapat menafikan bahawa sepanjang Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, sekurang-kurangnya, lima peristiwa besar yang masih terpahat di hati dan sanubari rakyat Malaysia. Secara rambangnya, ia didalangi oleh mereka yang mempunyai jiwa yang memberontak sehingga mereka terdorong untuk melakukan perkara sedemikian.

    Namun hakikatnya, jika kita lakukan sedikit penyelidikan, kita pasti akan bertemu dengan satu perkara yang cukup menarik untuk di perkatakan. Mari kita lihat kelima-lima peristiwa besar yang sehingga kini diperkatakan oleh ramai pihak.


    1. Insiden Memali (1985)

    Ini adalah insiden berdarah yang paling diingati oleh rakyat Malaysia. Seramai 18 orang telah terkorban dengan 4 lagi terdiri daripada anggota keselamatan. Semuanya berpunca daripada ketaksuban salah seorang penduduk kampung Memali, Allahyarham Ibrahim Libya terhadap amanat Haji hadi yang menyaksikan pemberontakan kecil berlaku di kampung berkenaan.

    Pada ketika itu, Tun Musa Hitam diarahkan oleh Mahathir bagi menangani kes ini. Pada masa yang sama, dikatakan Mahathir berangkat ke China atas lawatan kerja selama 3 hari. Setelah kes ini selesai, segala kesalahan diletakkan di bahu Tun Musa Hitam. Mahathir mendakwa, Tun Musa melakukan tindakan semberono dan beliau harus bertanggungjawab dalam hal ini.

    Menariknya, setahun kemudian, kedudukan Tun Musa selaku Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri dilucutkan dan diganti pula dengan Allahyarham Tun Ghafar Baba. Menurut beberapa sumber, peristiwa ini sebenarnya dijadikan alasan buat Mahathir mengenepikan Tun Musa yang dikatakan lebih popular darinya.


    2. Insiden amukan Prebet Adam (1987)

    Tidak ada sesiapa dapat melupakan insiden amukan seorang anggota tentera berpangkat prebet, mengamuk di Chow Kit dengan menggunakan M16 yang diseludup keluar dari sebuah kem di Ipoh. Dia dikatakan mengamuk setelah adik lelakinya di bunuh oleh Almarhum Paduka Sultan Johor pada ketika itu, Almarhum Sultan Iskandar.

    Setelah berpuluh tahun berlalu, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibrahim mendedahkan, Istana Johor langsung tidak ada kena mengena dengan tragedi amukan Prebet Adam di Chow Kit. Malah, dalam banyak pendedahan sebelum ini, Prebet Adam tidak mempunyai adik lelaki seperti yang didakwa pada ketika insden berkenaan berlaku.

    Menariknya, menerusi insiden inilah Mahathir memulakan langkah untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu yang dikatakan olehnya sebagai satu bentuk kuasa yang boleh menimbulkan ketidak seimbangan kuasa antara kerajaan dan Istana. Akhirnya, Mahathir berjaya dalam misinya mengurang dan melucutkan kekebalan kuasa Istana yang berjaya dilakukannya pada 1993 setelah usaha berterusan dilakukan dengan menggunakan kes amukan Prebet Adam/


    3. Insiden UMNO di haramkan (1988)

    Pada tahun 1988, berlaku krisis perlembagaan di dalam UMNO yang menyaksikan UMNO pernah diharamkan penubuhannya oleh Mahkamah Persekutuan. Siapa dapat melupakan bagaimana kedudukan Mahathir yang pada ketika itu sebagai Presiden UMNO berjaya dicabar oleh Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang menyaksikan UMNO terbahagi kepada dua bahagian.

    Satu perkara yang tidak pernah Mahathir ungkapkan adalah, pengharaman UMNO ini adalah sebahagian daripada rancangannya untuk memastikan tiada pengundian kali kedua berlaku. Ianya sekaligus memberi ruang buat Mahathir merombak perlembagaan UMNO dan sekaligus melemahkan sebarang usaha untuk menumbangkannya.


    4. Reformasi (1998)

    Inilah kejadian rusuhan paling teruk dicatatkan dalam sejarah negara selepas tragedi 13 Mei 1969. Rusuhan ini berlaku setelah Mahathir memecat Timbalannya pada ketika itu, Daruk Seri Anwar Ibrahim dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri atas alasan salah laku seksual.

    Walhal, kira-kira empat hari sebelum pemecatan ini berlaku, Mahathir sendiri memberi jaminan bahawa Anwar tidak akan diambil apa-apa tindakan selagi dia belum didapati bersalah oleh mahkamah. Ironinya, empat hari kemudian, kediaman Anwar diserbu dan dia ditahan oleh pihak berkuasa dan dipecat serta merta.

    Inilah yang menimbulkan rusuhan besar di Kuala Lumpur yang mana rusuhan ini dikenali sebagai Gerakan Reformasi gulingkan Mahathir. Namun begitu, disebalik semua itu, Mahathir sebenarnya mencari satu helah untuk mengalihkan tumpuan rakyat terhadap kegawatan ekonomi yang melanda Malaysia pada ketika itu.

    Usahanya berjaya kerana pada ketika itu, rakyat lebih menumpukan prihal masalah Anwar berbanding masalah kegawatan ekonomi yang menyaksikan Malaysia begitu hampir diisytiharkan sebagai sebuah negara yang muflis.


    5. Pemberontakan Al Maunah (2000)

    Siapa sangka, keheningan Bukit Jenalik pada Julai 2000 dipecahkan dengan segerombolan pengikut ajaran sesat yang memanggl diri mereka Al Maunah. Mereka membuat kem di bukit ini setelah berjaya melarikan pelbagai jenis senjata dari sebuah kem di Grik Perak, awal pagi, 2 Julai 2000.

    Alasan yang diberikan oleh kumpulan ini adalah untuk menumbangkan pentadbiran Istana Negara selain daripada mahu menumbangkan kerajaan yang diketuai Mahathir. Insiden yang mengorbankan 2 orang anggota keselamatan ini sebenarnya cukup lucu untuk di perkatakan.

    Manakan tidak, mereka mahu menumbangkan pihak Istana dan kerajaan Persekutuan sedangkan mereka menubuhkan kem yang terletak lebih 250 kilometer jauhnya dari pusat pentadbiran persekutuan. Jadi, dimana logiknya dakwaan rampasan berkuasa yang didakwa oleh kumpulan berkenaan?

    Mungkin, mereka adalah pengikut ajaran sesat. Namun buat Mahathir, ianya dijadikan alasan untuk mengalihkan tumpuan rakyat di saat UMNO berhadapan dengan pemberontakan dalaman yang menentang pentabirannya. Malah, pada ketika itu, Pergerakan Keadilan Sosial (sekarang dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat-PKR) baru setahun ditubuhkan dan dilihat menjadi ancaman utama buat UMNO.

    Datin Seri Wan Azizah pada ketika itu kerap kali memujuk ahli UMNO untuk menyertai mereka sebagai kesinambungan kepada perjuangan Reformasi yang digerakkan pada 1998. Mahathir sedar, sekiranya ianya tidak dibendung, maka kedudukannya akan lemah dan memungkinkan dia dilucutkan dari jawatannya. Maka pemberontakan yang wujud di Bukit Jenalik inilah yang menyelamatkan kedudukannya sehingga dia akhirnya meletakkan jawatan pada Oktober 2003.

    Mungkin ada yang memandang rendah akan fakta ini, namun, jika berasa ragu-ragu dengan apa yang terjadi, dipersilakan membuat sedikit rujukan dan penyelidikan ringkas disebalik apa yang berlaku sewaktu Mahathir berkuasa satu ketika dahulu. Majoritinya adalah untuk menyelamatkan kedudukan dan kuasanya.

    * Artikel ini diterbitkan pada 10 April 2018


    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Setiap Peristiwa Yang Berlaku Di Zaman Mahathir, Ada Kisah Di Sebaliknya Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top