Demam pengumuman Manifesto Barisan Nasional yang dilakukan oleh Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak di Axiata Arena, Bukit Jalil Sabtu lalu, masih terasa sehingga kini. Rata-rata rakyat begitu teruja dengan pengumuman berkenaan yang disifatkan terbaik dalam sejarah BN.
Paling mencuri tumpuan adalah bagaimana Datuk Seri Mohd Najib melakukan kejutan di akhir pembentangan Manifesto berkenaan apabila mengumumkan kenaikan pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) daripada RM 400 ke RM 800 bermula dari Jun dan Ogos hadapan.
Bagi salah sebuah parti komponen utama BN, MCA, mereka menyifatkan apa yang diumumkan oleh Pengerusi BN ini sebagai sesuatu yang adil buat seluruh rakyat tanpa mengira kaum. Ianya disifatkan sebagai satu bukti betapa kerajaan BN begitu prihatin terhadap nasib rakyat tanpa mengira apa jua agama, kaum dan bangsa.
Ianya menampakkan satu penanda aras baru yang harus dicapai oleh semua parti komponen BN bagi merealisasikan manifesto sebaik ini.
Tidak seperti pembangkang yang hanya tahu menabur janji kosong tanpa ada sebarang pelan konkrit bagi merealisasikan manifesto yang telah dibentang mereka pada 8 Mac yang lalu. Malah, mereka acapkali cuba memutar belitkan manifesto mereka sendiri sehinggakan mengelirukan rakyat dan para penyokong mereka.
Paling utama, tidak ada sesiapa pun tertinggal menerusi manifesto ini dan ianya dianggap sebagai manifesto terbaik bagi membawa negara menuju kearah sebuah negara maju pada tahun 2020.
0 comments:
Post a Comment