My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 April 2018

    Koleksi Lenovo ThinkPad X1



    Tiga model dari keluarga ThinkPad X1 terrmasuk ThinkPad X1 Carbon, ThinkPad X1 Yoga dan ThinkPad X1 Tablet menjadi taruhan Lenovo bagi perkomputeran yang disasarkan kepada pelbagai pengguna.

    ThinkPad X1 Carbon versi 2018 terus menjadi laptop komersil 14 inci paling ringan di dunia dengan casis tahan laska manakala ThinkPad X1 Yoga satu-satunya laptop boleh tukar kepada tablet yang disepadukan dengan pen serta LTE-A. Kedua-duanya juga laptop pertama di dunia yang mempunyai Dolby Vision High Dynamic Range (HDR) dan paparan menyokong kecerahan sehingga 500nits. 

    Manakala ThinkPad X1 Tablet versi 2018 baru berupaya beoperasi pada prestasi seakan PC biasa dengan pemprosesan Intel Core Gen-8 dan pengalaman papan kekunci penuh ThinkPad. Ia dimajukan dengan paparan 13 inci HDR Ready 3K dan didatangkan bersama Lenovo Pen Pro.

    Tidak cukup dengan itu, ia juga mengekalkan fungsi tahan lasak ThinkPad bersama pembaca jari dan kamera infra merah.

    LENOVO THINKPAD X1 CARBON 

    • HARGA: RM7,999
    • PEMPROSESAN: sehingga Intel Core i7 vPro Gen-8
    • OS: Windows 10 Pro 64 bit
    • MEMORI: sehingga 16GB LPDDR3 2133Mhz
    • GRAFIK: Intel UHD 620
    • STORAN: sehingga 1TB PCIe SSD
    • PAPARAN: 14 inci FHD IPS, WQHD IPS, HDR WQHD IPS dengan Dolby Vision
    • BERAT: bermula 1.13kg
    • AUDIO: Dolby Premium Audio
    • KAMERA: IR Camera / 720p HD

    LENOVO THINKPAD X1 YOGA 

    • HARGA: RM8,999
    • PEMPROSESAN: sehingga Intel Core i7 vPro Gen-8
    • OS: Windows 10 Pro 64 bit
    • MEMORI: sehingga 16GB LPDDR3 2133Mhz
    • GRAFIK: Intel UHD 620
    • STORAN: sehingga 1TB PCIe SSD
    • PAPARAN: 14 inci FHD IPS, WQHD IPS, HDR WQHD IPS dengan Dolby Vision
    • BERAT: bermula 1.4kg
    • AUDIO: Dolby Premium Audio
    • PEN: ThinkPad Pen Pro

    LENOVO THINKPAD X1 TABLET 

    • HARGA: belum diumumkan
    • PEMPROSESAN: sehingga Intel Core i7
    • OS: Windows 10 Pro 64 bit
    • MEMORI: sehingga 16GB LPDDR3 2133Mhz
    • GRAFIK: Intel UHD 620
    • STORAN: sehingga 1TB PCIe SSD
    • PAPARAN: 14 inci 3K IPS
    • KETAHANAN BATERI: 9.5 jam
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Koleksi Lenovo ThinkPad X1 Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top