My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday, 11 April 2018

    Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS



    Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan prestasi kebanyakan mata wang negara sedang pesat membangun Asia lain dan selepas Presiden China, Xi Jinping berjanji untuk mengurangkan tarif import dan membukakan lagi pasaran negaranya, kata para peniaga. 

    Pada pukul 9 pagi tadi, ringgit berada pada 3.8650/8680 berbanding 3.8670/8700 semalam. Seorang peniaga berkata, janji-janji Xi itu membantu mengurangkan kebimbangan prospek perang perdagangan AS-China dan memulihkan semula minat terhadap aset berisiko.

    “Ketegangan perdagangan yang mereda itu baik bagi perdagangan global, pertumbuhan dan sentimen risiko, di samping membantu mata wang negara sedang pesat membangun mencatatkan prestasi baik,” katanya.

    Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama. Ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada 2.9513/9554 daripada 2.9492/9535 pada semalam tetapi meningkat berbanding yen kepada 3.6088/6119 daripada 3.6130/6168.

    Unit tempatan susut berbanding pound British kepada 5.4810/4864 daripada 5.4784/4846 dan turun berbanding euro kepada 4.7775/7824 daripada 4.7641/7694.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top