Seorang lelaki maut manakala empat anggota bomba cedera dalam kebakaran di tingkat 50 Trump Tower di New York City, Amerika Syarikat, hari ini.
Menurut Jabatan Polis New York, mangsa lelaki berusia 67 tahun itu yang menghuni pangsapuri di bangunan itu ditemui pengsan dan meninggal dunia di hospital. Identitinya masih belum dikenal pasti.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang memiliki pejabat dan kediaman peribadi di bangunan yang terletak di tengah Manhattan itu berada di luar daerah ketika kejadian.
Pihak berkuasa bomba masih belum mengenal pasti punca kebakaran, sambil menambah tiada anggota keluarga Trump berada di bangunan itu ketika kejadian. Kira-kira 200 anggota bomba dikerah ke lokasi kejadian yang dikategori sebagai kebakaran tahap empat.
Januari lalu, tiga orang cedera dalam kebakaran di tingkat paling atas Trump Tower. Seorang anggota bomba dimasukkan ke hospital manakala dua lagi cedera, kata Jabatan Bomba New York.
0 comments:
Post a Comment