My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 9 April 2018

    Mayat Lelaki Mati Ditembak Ditemui Dalam Ladang



    Mayat lelaki dengan tiga kesan tembakan iaitu di kepala, dada dan perut ditemui dibuang di kawasan Ladang Sungai Rui, Jalan Gerik-Kupang di sini kelmarin. 

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Yahya Abd. Rahman berkata, mayat lelaki warga tempatan berusia 38 tahun yang lengkap berpakaian itu dijumpai pada pukul 4 petang selepas menerima maklumat daripada orang awam.

    Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi kejadian turut menemui tiga butir kelongsong peluru dan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Versys berhampiran dengan mayat tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Mayat Lelaki Mati Ditembak Ditemui Dalam Ladang Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top