My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 10 April 2018

    Airbus Pamer Rangkaian Produk Pada DSA 2018



    Firma industri ae­roangkasa global dari Perancis, Airbus bakal mempamerkan kecanggihan rangkaian produk serta perkhidmatan pertahanan dan udaranya pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia 2018 (DSA 2018). 

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam, pameran yang bertempat di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) bermula 16 hingga 19 April ini akan menawarkan pengalaman menarik kepada pengunjung untuk melihat sendiri serta mendapatkan maklumat tentang teknologi aeronautik, aeroangkasa dan teknologi satelit terkini.

    “Kami akan menampilkan pelbagai model berskala besar untuk pesawat dan helikopter antaranya pesawat pengangkut tentera, A400M dan helikopter jenis Super Puma se­perti digunakan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta pesawat rondaan maritim MPA C295.

    “Airbus juga membawakan model satelit canggih, Eurostar yang sesuai untuk semua misi perhubungan seterusnya dijangka mampu menarik minat ramai pengunjung negara ini dan potensi rakan niaga,” katanya di sini semalam.

    Selain itu, Airbus menghargai peranan dan ke­sediaan Malaysia menjadi antara rakan niaga utama syarikat itu sejak sekian lama. “TUDM diiktiraf sebagai entiti eksport pertama untuk pesawat A400M dan sudahpun menerima empat pesawat pengangkut tersebut.

    “Malahan barisan kejuteraan Airbus telah menyiapkan satelit terbesar negara iaitu MEASAT-3b pada tahun 2014,” tambah kenyataan tersebut.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Airbus Pamer Rangkaian Produk Pada DSA 2018 Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top