My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 10 April 2018

    Ditawar Melakukan Seks, Nabil Ahmad Tolak Poligami



    Pelakon dan pengacara popular, Nabil Ahmad mengakui tidak mempunyai hasrat untuk berkahwin lebih daripada satu. Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 34, berkata, setiap lelaki yang menyimpan hasrat berpoligami perlu mengetahui sama ada berkemampuan dari segi kewangan serta boleh berlaku adil antara isteri-isteri. 

    "Sejujurnya saya sedar diri dan tidak mempunyai hasrat untuk berkahwin lebih daripada satu kerana bimbang tidak dapat berlaku adil antara isteri-isteri kelak. Perkahwinan ini merupakan satu tanggungjawab yang tidak boleh diperlekehkan.

    "Antara kerjaya dan keluarga juga sukar untuk saya seimbangkan, ini pula untuk memiliki isteri lebih daripada satu," katanya yang ditemui pada majlis Perlantikan Ikon Belia Hiburan @Young Entertainment Star (YES) di Menara Kuala Lumpur petang tadi.

    Pada masa sama, Nabil turut tidak menafikan pernah diajak bercinta dan melakukan perkhidmatan seks di sebuah hotel bertaraf lima bintang di ibu kota. Jelas pelakon filem Romeo Kota itu lagi, kebanyakkan mesej sedemikian dihantar rata-rata daripada peminat wanita menerusi akaun media sosial, Instagram.

    "Saya berasa terkejut apabila ada peminat yang sanggup berbuat demikian. Tidak dinafikan tedapat peminat yang menginginkan saya memberi perkhidmatan seks tanpa had di hotel mewah," terangnya yang mengakui mengetahui perkara tersebut daripada isterinya.

    Nabil juga tidak mempunyai masalah untuk membiarkan isterinya mengendalikan akaun media sosial Instagram yang dikongsi bersama iaitu @Nabilzira. Nabil dan Nazira berkahwin pada 30 September 2011 serta dikurniakan dua cahaya mata perempuan, Naera Mikayla, 6, dan Leyla Medyna, 3.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Ditawar Melakukan Seks, Nabil Ahmad Tolak Poligami Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top