My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 5 April 2018

    Orang Kata Diharamkan Tak Betul...



    KHABAR angin mengatakan filem Dukun arahan Dain Said diharamkan tayangan oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) selepas tertangguh hampir 12 tahun adalah tidak benar. Menurut Ketua Astro Shaw, Najwa Abu Bakar, LPF tidak pernah mengharamkan tayangan sebaliknya menunggu tarikh sesuai untuk dipertontonkan kepada rakyat Malaysia. 

    “Pihak LPF tidak pernah mengharamkan tayangan filem ini sebaliknya hanya andaian orang ramai selepas lama tertangguh. Setiap tahun Astro Shaw menerbitkan lebih empat filem jadi kami mahu pastikan tayangannya tepat pada waktu. Ia juga strategi pemasaran terbaik supaya dapat menarik lebih ramai penonton menyaksikan filem tempatan,” katanya.

    Najwa berkata, LPF sudah memberikan 'lampu hijau' kepada filem Dukun sejak akhir tahun 2006 namun terpaksa memotong lima aksi berunsur ganas dan khurafat sebelum ditayang kepada umum, esok.

    “LPF memberi klasifikasi P13 kepada filem Dukun dan membuang lima aksi namun ia tidak menjejaskan jalan ceritanya. Saya berharap rakyat Malaysia akan menyokong filem tempatan kerana hanya tiga peratus filem tempatan yang berjaya mengungguli carta Box Office di Malaysia tahun lalu,”katanya.

    Filem memperoleh klasifikasi P13 menetapkan individu berumur di bawah 13 tahun perlu mendapat pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton filem berkenaan.

    Filem dilabel P13 dikategorikan mengandungi unsur seram, menakutkan, adegan atau aksi negatif, suspen dan mengejutkan tetapi tidak berlebihan; jalan cerita yang sukar difahami serta unsur yang boleh mengganggu emosi kanak-kanak. Sejak beberapa hari lalu, peminat filem tempatan hangat memperkatakan mengenai filem Dukun yang akan mula ditayangkan, esok, selepas 12 tahun terperap.

    Filem kontroversi siap dibikin pada 2006 itu dibintangi barisan pelakon handalan antaranya Datin Paduka Umie Aida, Adlin Aman Ramlie, Namron dan Bront Palarae. Selepas tersebar filem Dukun bakal ditayangkan, ada pihak mendakwa filem terbabit dikatakan mendapat inspirasi kes jenayah berprofil tinggi, ia diharamkan.

    Ditanya dakwaan itu, Najwa meminta penonton ke panggung dan menyaksikan filem itu terlebih dahulu sebelum membuat andaian. “Jalan cerita banyak berkisar mengenai seorang peguam kehilangan isteri dan anaknya. Banyak pengajaran bakal ditimba penonton dan ia tiada kena mengena dengan sesiapa,” katanya.

    Dukun mengisahkan seorang ahli perniagaan Datuk Jefri lakonan Adlin Aman Ramlie meminta khidmat Diana (Umie) menjadikan dirinya kebal selain meningkatkan bisnesnya.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Orang Kata Diharamkan Tak Betul... Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top