My Blog List

Translate

  • PANAS

    Thursday 5 April 2018

    Undi Nama SUV Baru



    Proton membuka undian secara dalam talian bagi memberi peluang kepada orang ramai mengundi nama model kenderaan utiliti sukan (SUV) pertamanya. Undian dalam talian itu akan berlangsung selama sebulan menerusi laman Facebook rasmi PROTON (www.facebook.com/ProtonCarsOfficial).

    Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton, Abdul Rashid Musa berkata, pihaknya ingin berkongsi bersama rakyat Malaysia peristiwa yang bermakna ini kerana SUV baru itu adalah simbol pencapaian negara.

    “Kami akan memberi ganjaran kepada orang ramai yang turut serta dalam undian ini dan lima responden bertuah akan dipilih sebagai pemenang,” katanya.

    Menurutnya, baucar hadiah bernilai RM100,000 akan dibahagikan kepada peserta sebagai tanda penghargaan manakala lima pemenang utama akan dipilih berdasarkan makna terbaik yang diberikan di sebalik nama yang diundi.

    “Pakej hadiah yang bakal diterima terdiri daripada pengalaman bernilai seperti undangan eksklusif VIP pada majlis pelancaran serta penghormatan menjadi antara orang pertama memandu uji dan melihat sendiri teknologi serta ciri-ciri terkini yang terdapat pada SUV berkenaan di trek ujian Proton di Shah Alam.

    “Selain itu, orang ramai turut diberi pilihan mencadangkan nama lain bagi SUV berkenaan. Sekiranya nama itu dipilih, pemenang bertuah akan menerima hadiah pakej pelancongan dua orang selama empat hari tiga malam ke Hangzhou dan Shanghai termasuk lawatan ke ibu pejabat Geely,” katanya.

    SUV pertama Proton adalah model pertama yang dibangunkan bersama Geely yang juga SUV premium pertama bagi segmen C yang dihasilkan jenama automotif negara dan akan dilengkapi pelbagai ciri seperti sistem keselamatan pasif, aktif dan kognitif yang kebiasaannya hanya didapati pada kereta jenama lain yang lebih premium yang dijangka menaikkan nilai jenama Proton.

    Tarikh tutup undian ini adalah 30 April ini pada jam 11.59 malam dan pemenang akan diumumkan sebelum tarikh pelancaran SUV pertama berkenaan.
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: Undi Nama SUV Baru Rating: 5 Reviewed By: JMK
    Scroll to Top