My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 9 March 2015

    APA ADA PADA NAMA

    Dunia kadang-kadang terlalu pelik untuk kita lihat dan dengar. Jika anda pernah mendengar nama BATMAN BIN SUPARMAN, ini masih belum pelik. Terdapat beberapa nama yang pelik dan lansung tidak masuk akal. Terdapat juga nama yang terlalu panjang sehingga mahu menyebutnya juga menimbulkan masalah. Berikut adalah beberapa nama yang pelik dan panjang yang pernah di rekodkan di dunia.

    1. BATMAN BIN SUPARMAN

    Rakyat Singapura berketurunan Jawa berusia 25 tahun. Kad pengenalan beliau terlepas kepengetahuan umum bila pihak imegresen Singapura mengambil gambar kad pengenalannya kerana nama beliau begitu unik. Malah beliau tidak kisah kad pengenalannya tersebar kerana beliau bangga dengan namanya.

    2. LADYZUNGA CYBORG

    Jika anda rasa nama ini cukup unik, anda tersilap. Malah ini bukanlah nama asal bagi seorang wanita dari Colombia ini. Beliau sendiri sudah lupa siapa nama asalnya. Baru-baru ini beliau berjaya dalam permohonannya untuk menukar sekali lagi nama beliau daripada Ladyzunga Cyborg kepada ABCDEFG HIJKLMN OPQRSTU VWXYZ. 2 kali percubaannya di tolak Jabatan Pendaftaran Colombia tetapi percubaan kali ketiga akhirnya diluluskan. Beliau dilaporkan seorang yang aneh walaupun bertugas sebagai pensyarah. Jika anda terserempak dengan belia, hanya panggil ABC.

    3. JOHN PORTSMOUTH FOOTBALL CLUB WESTWOOD

    Jika anda peminat kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, mungkin anda pernah mendengar nama ini. Lelaki yang dilahirkan pada tahun 1963 ini merupakan penyokong lagenda bagi kelab bola sepak Portsmouth malah tiket beliau untuk menyaksikan perlawan melibatkan Portsmouth ditaja seumur hidup oleh Kelab Penyokong Portsmouth.

    4. JANICE KEIHANAIKUKAUAKAHIHULIHEEKAHAUNAELE VANE

    Wanita berketurunan Asli Hawaii ini merupakan pemegang rekod dunia dari segi nama dengan 36 huruf dalam satu nama. Bagi masyarakat tempatan namanya menggambarkan apa yang ada di Hawaii tetapi bagi tanah besar Amerika Syarikat, mahu menyebut namanya adalah seusatu yang sukar. Mungkin anda boleh mencubanya untuk melembutkan lidah anda.

    5. BRFXXCCXXMNPCCCCCLLLMMNPRXVCL MNCKSSQLBB11116

    Nama ini adalah milik seorang remaja lelaki di Sweden yang lahir pada 1991. Adalah melucukan beliau hanya di panggil Albin. Menurut laporan, kedua ibu bapanya menamakan anak mereka sebegini sebagai tanda protes kepada kerajaan Sweden atas cukai dan tekanan kerajaan pada 1990. Mungkin Adlin dan Ali Abdul Jalil boleh melawat budak ini.

    6. NUR FATHANIAH THARIYAH KARIMAH FARWIZAH ZAHABIYAH SYAHIRAH BINTI AIROL ANIZAM

    Setakat artikel ini ditaip, inilah nama terpanjang yang belum pernah direkodkan di Malaysia. Nama milik pelajar tahun satu ini begitu unik kerana digabungkan dengan nama-nama indah dalam islam yang ada. Penulis tidak pasti nama gelarannya cuma penulis terfikir, mampukah Qadi yang menikahkan kanak-kanak ini nanti menyebut satu persatu namanya.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: APA ADA PADA NAMA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top