My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 March 2015

    PERMAHKOTAAN SULTAN JOHOR-IMPAK DAN ISTIADAT

    Hari ini, Isnin 23hb Mac 2015, tepat jam 10.35 pagi, selesailah permahkotaan Paduka Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Baginda merupakan Sultan ke 5 dalam sejarah kesultanan Melayu Johor Moden dan ke 25 dalam sejarah Sultan Johor. Istiadat ini yang dimulakan tepat jam 9.30 pagi tadi merupakan yang pertama seumpamanya selepas 55 tahun

    Upacara istiadat Permahkotaan ini di sempurnakan oleh Mufti Besar Johor dan permahkotaan ini juga menandakan adat istiadat beraja kekal subur di bumi Johor dan Malaysia amnya. Majlis ini juga turut di hadiri oleh Sultan Brunei, Sultan Terengganu, Sultan Pahang, Pemangku Sultan Kedah, Perdana Menteri Malaysia serta isteri dan anakanda-anakanda Sultan Ibrahim sendiri.

    Detik yang menjadi kebanggaan seluruh rakyat negeri Johor ini mempunyai significan yang tersendiri. Ini adalah kerana Istiadat ini mampu menarik perhatian dunia dan potensi pelaburan jangka panjang di Johor. Ini mampu menaikkan ekonomi serta menjadikan Johor terkenal di serata dunia. Detik ini juga mampu merapatkan semula seliruh rakyat negeri Johor tanpa mengira kaum mahupun Agama.

    Bumi kelahiran Umno ini akan terus meraikan permahkotaan ini selama sebulan bermula hari ini. Sebaik sahaja permahkotaan ini di sempurnakan, 21 das tembakan meriam di lepaskan dan lintas hormat 7 buah helikopter membawa bendera negeri Johor. Seterusnya baginda berkenan untuk menyusuri jalan sepanjang 10.7 kilometer mengelilingi bandar Johor Bahru bagi meraikan hari bersejarah baginda bersama rakyat.

    SEMOGA ALLAH MELANJUTKAN USIA TUANKU DAN TUANKU PERMAISURI DAN MERAHMATI BUMI JOHOR.

    DAULAT TUANKU
    DAULAT TUANKU
    DAULAT TUANKU

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERMAHKOTAAN SULTAN JOHOR-IMPAK DAN ISTIADAT Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top