My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 8 March 2015

    MAKIN TUA MAKIN HEBAT

    Ada pepatah Inggeris mengatakan "kehidupan bermula dari umur 40 tahun". Berikut adalah 7 nama pelakon Hollywood yang sudah mencecah 40 tahun tetapi rating lakonan mereka sentiasa mendapat sambutan peminat.

    1. WILL SMITH
    Suatu ketika dahulu beliau merupakan seorang penyanyi rap dan bermasalah. Dengan pendapatan menerusi beberapa lakonan menerusi sitkom, beliau hanyut dengan ketagihan arak. Filem Enemy of the State berjaya merubah beliau dikenali sebagai pelakon gred A dengan beberapa filem box office seperti Man in Black, Ali, Pursuit of Happiness dan lain-lain lagi.

    2. JOHNNY DEPP
    Pelakon Pirates of  the Carribiens ini pada mulanya dikenali menerusi watak peliknya dalam filem Edward of the Scissorhands. Membina kerjaya menerusi watak peliknya, sedikit demi sedikit beliau membina empayar lakonannya menerusi The Lone Ranger, filem Pirates dan lain lain lagi.

    3. HARISON FORD
    Pada usia 72 tahun, beliau masih aktif berlakon. Malah filem beliau, Indiana Jones, secret of the kingdom skulls, beliau masih mampu melakon wataknya dengan berkesan. Terkini, beliau akan muncul dalam filem Star Wars episod 7 yang akan ditayangkan Disember ini.

    4.NICHOLAS CAGES
    Anak saudara kepada pengarah filem terkemuka, Francis Ford Capolla ini antara pelakon yang sentiasa mendapat audiens yang tertinggi bagi setiap lakonannya. Menerusi filem Ghost Rider, National Treassure dan The Socerrer Appreanties, beliau mendapat menjana pendapatan jauh lebih tinggi dari pelakon muda yang ada kini.

    5. TOM HANKS
    Pelakon gred A ini dikategorikan pelakon genre Drama paling berjaya di dunia. Terkenal menerusi filem Forest Gump, beliau seterusnya melebarkan sayap menerusi filem Saving Privates Ryan dan meraih oscar menerusi lakonan hebatnya. Menerusi filem Da Vinci Codes dan Angels & Demon, lakonan beliau jelas dalam kelas yang lebih tinggi

    6. DENZEL WASHINGTON
    Pelakon kulit hitam pertama menerima oscar. Apa lagi mahu diperkatakan tentang beliau. Filem-filem seperti Pelham 1, 2, 3, The Hurricane dan banyak lagi filem hebat, beliau seolah-olah berada di alam lain apabila beliau melakonkan sesuatu watak.

    7. LIAM NEESON
    Pelakon yang paling jarang di dengari tentang skandal mahupun tingkah laku. Malah ada laporan mengatakan beliau paling sukar untuk di temuduga. Tetapi ia tidak menghalang beliau dari terus hebat di layar perak. Lakonan sebagai bekas agen CIA dalam Taken, Jedi Master dalam Star Wars jelas menunjukkan beliau pelakon pelbagai karekter.

    Sebenarnya ramai lagi nama seperti Robert Dawney Jr, John Travolta, Ed Harris, John Malkovich dan lain-lain lagi.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MAKIN TUA MAKIN HEBAT Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top