My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 23 March 2015

    KEKUATAN TENTERA LAUT SEMAKIN CANGGIH

    Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) dijangka akan menerima kapal perang pesisir pantai (LCS) yang pertama dari 6 buah yang di tempah selewat-lewatnya awal 2019. Kapal perang moden itu dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan, Boustead Heavy Industries Corperation Berhad (BHIC) di Lumut, Perak Darul Ridzuan.

    Menurut Pengarah Divisyen Pertahanan dan Keselamatan BHIC, Anuar Murad, Kapal LCS pertama akan diapungkan sewal tahun 2018 sebelum menjalani ujian penerimaan di perlabuhan lautan selepas itu. Antara ciri-ciri kapal berkenaan adalah seperti berikut ;

    Berat   :   3,000 tan
    Enjin   :   Diesel
    Panjang  :   111 meter
    Kelajuan :   28 knot
    Jarak perlayaran  :   9,300 kilometer
    Muatan   :   138 anak kapal
    Persenjataan  :   - Meriam Bofors 57 milimiter (1)
                                     - meriam 30 mm (2)
                                     - peluru berpandu pertahanan udara (16)
                                     - peluru berpandu anti permukaan (8)
                                     - 3 laras tiub torpedo (2)
                                     - boleh memuatkan sebuah helikopter tempur.

    Penulis melihat ini suatu perkembangan yang baik bilamana aset pertahanan laut di pertingkatkan berikutan ancaman yang makin kompleks samada dari negara lain mahupun lanun. Sejajar dengan kehendak kerajaan dalam memastikan keselamatan negara terjamin, usaha BHIC ini di harap mampu memberikan impak dan pulangan yang baik dalam meneruskan aktiviti pertahanan negara.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KEKUATAN TENTERA LAUT SEMAKIN CANGGIH Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top