My Blog List

Translate

  • PANAS

    Monday 9 March 2015

    MH370-KEHILANGANNYA MENAMBAH MISTERI DUNIA

    Pesawat MH370 yang telah hilang seperti yang kita sedia maklum merupakan suatu  misteri yang belum terungkai sehingga hari ini. Kehilangan yang membingungkan beberapa pakar penerbangan dunia ini bukanlah situasi pertama yang di hadapi dunia. Berikut penulis lampirkan beberapa kemalangan udara yang mengambil masa lama untuk dirungkaikan. Malah masih ada yang kekal misteri sehingga hari ini.

    1. Pada tahun 2009, Pesawat Air France 447 dilaporkan hilang dan seramai 288 penumpang dan anak kapal terkorban. 9 bulan kemudian, barulah bangkai pesawat A330-200 itu di temui di dasar Lautan Antlantik selepas usaha bersepadu membabitkan Perancis, Amerika Syarikat, Britain dan 5 buah negara anggota NATO dalam usaha pencarian.

    2. Sebuah pesawat syarikat penerbangan Indonesia, Adam Air jenis Boeing 737 terhempas dan mengorbankan 102 orang penumpang. Menariknya ekor pesawat dijumpai beberapa hari selepas terhempas akan tetapi sebahagian besar pesawat termasuk kotak hitam tidak di temui. 9 bulan kemudian kotak hitam pesawat di temui di dasar laut manakala sebahagian besar pesawat masih kekal di dasar laut di perairan indonesia.

    3. Pada tahun 1995, juga di Indonesia, pesawat jenis Havilland Twin Otter 300 milik Merpati Nusantara dilaporkan hilang dari radar dimana kali terakhir dilihat terbang di lautan terbuka di Indonesia. Pesawat yang membawa 14 orang penumpang ini kekal hilang sehingga artikel ini ditulis.

    4. Pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 dilaporkan hilang di Selatan Kalimantan. Penerbangan dari Surabaya ke Singapura yang membawa 168 orang penumpang dan anak kapal ini terhempas di lautan. Bangkai pesawat di temui hampir seminggu kemudian beserta kotak hitam pesawat. Cuma menyedihkan hanya 104 orang sahaja di temui manakala bakinya kekal terkubur di lautan.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: MH370-KEHILANGANNYA MENAMBAH MISTERI DUNIA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top