My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday 7 March 2015

    KETAKSUBAN PENYOKONG ANWAR MAKIN MENGARUT

    Kira-kira jam 4 petang gerombolan pertama yang berarak dari Ibu Pejabat PAS pusat tiba dengan diketuai oleh Shamsul Iskandar, Dato S. Ambiga, Tian Chua, Suhaizan Kayat dan Khalid Abdul Samad. Dengan membawa kira-kira 500 orang, gerombolan ini jelas merubah lanskap perhimpunan ini. Laungan reformasi, turun Najib, Najib pembunuh, turun Rosmah dan lain-lain lagi jelas membangkitkan semangat kira-kira 400 orang yang sudah berhimpun di Kompleks Sogo sejak dari jam 2 lagi.

    Sesuatu yang memelikkan, bagaimana PAS boleh membenarkan gerombolan ini berkumpul di Ibu Pejabat PAS sedangkan Presiden PAS sendiri menolak sebarang campur tangan PAS dalam himpunan ini. Jelas permainan PASMA berjaya mengatasi suara Presiden sehingga suara beliau jelas tidak di dengari oleh ahli mereka sendiri.

    Tian Chua mengambil tempat dengan ucapan retoriknya dengan mengatakan rakyat Malaysia menolak kekejaman kerajaan dan menuntut kerajaan membebaskan Anwar. Diikuti Dato S. Ambiga dengan mendakwa Anwar di zalimi dan mengulangi kata-kata Anwar iaitu I NEVER GIVE UP AND I NEVER SURRENDER. Ucapan beliau di sambut dengan jeritan bersemangat penyokong mereka. Suhaizan Kayat pula tegas mengatakan komitmen PAS dalam memperjuangkan nasib Anwar manakala Shamsul Iskandar menhgulangi pendirian bahawa anak muda menuntut keadilan untu Anwar dan Anwar adalah tahanan politik.

    Kira-kira 15 minit kemudiam, gerombolan Nurul Izah Anwar dan Rafizi Ramli mengambil tempat. Ucapan Nurul Izzah (sebenarnya terpekik terlolong) ini jelas menghina Perdana Menteri dan kerajaan khususnya. Dengan mengatakan Negara ini bukan milik Bapak Najib (maaf agak kasar) beliau jelas membentak marah dan mahu semua yang ada disana bangkit menuntut keadilan bagi bapanya.

    10 minit kemudian, gerombolan Datin Seri Wan Azizah dan Nurul Nuha tiba dan seterusnya mencetuskan semangat baru peserta perhimpunan dengan mendakwa Tan Seri Shafie Abdullah jelas menyalah gunakan kuasa yang ada padanya dengan mengaibkan orang yang telah dipenjarakannya. Belum pernah dalam sejarah perundangan dunia, peguamcara mengadakan jelajah seluruh negara mengaibkan pesalahnya.

    Walaupun hujan sudah mula turun di Kompleks Sogo, ini tidak sedikit pun melemahkan peserta dan barisan kepimpinan mereka. Jelas mereka berniat mahu mengaibkan Malaysia di mata pelancong dan dunia apabila meeeka membuat keputusan mengejut meredah hujan untuk menuju ke KLCC bagi meneruskan agenda mereka. Himpunan mengarut ini akhirnya tamat kira-kira jam 7 malam.

    *penulis ada di sekitar Sogodari jam 12 tengah hari sehingga tamat perhimpunan dan berarak ke KLCC

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: KETAKSUBAN PENYOKONG ANWAR MAKIN MENGARUT Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top