My Blog List

Translate

  • PANAS

    Tuesday 3 March 2015

    BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sudah memulakan perbincangan dengan syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi (TELCO) dalam uusaha menurunkan cas telefon bimbit yang dikenakan kepada pelayar internet di negara ini. SKMM juga di laporkan sedang berusaha mencari kaedah dan formula terbaik dalam merangka usaha ini yang dijangka akan di umumkan tidak lama lagi,

    Menterinya, Dato Seri Ahmad Shabery Cheek semalam turut menjelaskan, kadar baru ini yang dijangka lebih rendah harus seimbang dan tidak menjejaskan operasi syarikat yang terlibat. Pada masa yang sama beliau menegaskan perlunya perkhidmatan pada kadar yang lebih rendah dan terbaik serta kelajuan yang tinggi kepada pelayar internet negara.

    Jumlah pengguna telefon bimbit di Malaysia adalah sebanyak 43.7 juta dimana yang menggunakan pascabayar seramai 8 juta dan mereka yang menggunakan prabayar adalah seramai 35.7 juta, lebih tinggi daripada jumlah penduduk Malaysia iaitu 30 juta orang.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: BERITA BAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top