Satu surat pekeliling dari ibu pejabat PAS pusat telah di edarkan keseluruh cawangan pas bagi menyatakan sokongan terhadap himpunan #kita lawan undur Najib pada 7hb Mac 2015 di kompleks Sogo Kuala Lumpur.
Surat yang ditandatangani oleh Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang ini juga jelas menyeru semua ahli PAS yang berkelapangan untuk menyertai perhimpunan ini. Himpunan yang di ketahui sebagai himpunan menyatakan sokongan terhadap Dato Seri Anwar ini seolah-olah menjadi platform kepada PASMA dalam menekan Hadi dalam mempertahankan jawatannya dalam menghadapi Muktamar PAS nanti.
Jelas surat yang dikeluarkan bertentangan dengan kenyataan Hadi sebelum ini dengan mengatakan PAS tidak akan menyertai sebarang himpunan untuk seorang Individu yang telah di dapati bersalah oleh mahkamah sebelum ini. PASMA kini jelas menguasai PAS dalam membentuk sebarang tindakan sehingga berani menekan Hadi dalam mengeluarkan arahan seperti ini.
0 comments:
Post a Comment