My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 8 March 2015

    IMPLIKASI HIMPUNAN GILA DI SOGO

    Bahana himpunan #kita lawan di kompleks Sogo hari ini menyebabkan jutaan ringgit rugi akibat peniaga takut untuk meneruskan operasi. Sebarang kemungkinan boleh berlaku jika para peserta hilang kawalan.

    Seorang jurujual tekstil ketika di tanya tentang pendapat beliau tentang himpunan ini memberitahu, mereka semua ini jelas menyusahkan urusniaga kami kerana kebanyakan pelanggan lari dan pihak pengurusan kedai menyuruh menutup gril supaya perkara yang tidak di ingini tidak berlaku.

    Pemain buskers yang ada di sekitar Sogo juga memberitahu, pendapatan mereka hari ini jelas tiada akibat menyokong seorang yang sudah jelas bersalah. Manakala sebentar tadi Kompleks Sogo mahu menyaman Parti Keadilan Rakyat kerana mereka kerugian lebih dari RM 500,000 akibat perbuatan tidak bertanggungjawab mereka ini. Saman yang akan di failkan Isnin ini jelas menuntut RM 100 juta keatas PKR kerana kerugian yang mereka alami.

    Mungkin tindakan Kompleks Sogo ini boleh di ikuti oleh peniaga yang menjalankan perniagaan di sekitar Kompleks Sogo. Diharap tindakan ini dapat diteruskan supaya kepimpinan PKR sedar mereka bukan kuasa samseng yang mengawal Kuala Lumpur

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: IMPLIKASI HIMPUNAN GILA DI SOGO Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top