My Blog List

Translate

  • PANAS

    Saturday, 7 March 2015

    PETUALANG NEGARA MENUNJUK BIADAB

    Hari ini 7hb Mac 2015 bertempat di Kompleks Sogo Kuala Lumpur, satu lagi tindakan biadab rakyat-rakyat yang tidak bersyukur atas kemajuan yang Malaysia nikmati kini. Kira-kira hampir 5,000 orang berkumpul semata-mata menunjukkan kononnya solidariti mereka terhadap Anwar Ibrahim.

    Bibit himpunan ini bermula seawal jam 2 petang walaupun mengikut jadualnya jam 4 petang. Walaupun tiada provokasi melampau, salah satu tempat tumpuan pelancong negara dicemari dengan laungan reformasi, Najib turun, Rosmah turun, kuasa rakyat, Umno penipu, Najib pembunuh dan sebagainya. Tindakan kira-kira 20 orang ini sedikit sebanyak menakutkan pengunjung kompleks berkenaan.

    Kira-kira jam 3, jumlah mereka yang berhimpun makin ramai dan kumpulan mereka ini berpecah 2 dalam menyampaikan propaganda mereka. Sesuatu yang disesalkan, seolah-olah pihak berkuasa "merestui" tindakan mereka yang jelas mengganggu ketenteraman awam. Tiada kelibat polis berkawal di awal-awal bibit himpunan mereka. Jelas tindakan mereka yang semakin hari semakin ramai berhimpun serta bersorak di hadapan kompleks Sogo seperti tiada halangan. Malah pengawal kompleks dan penguatkuasa DBKL hanya sekadar memerhati.

    Jelas mereka sudah merancang dengan teliti pergerakan mereka. Dimulakan dengan provokasi di Kompleks Sogo mereka sebenarnya terpecah kepada 3 kumpulan.

    Kumpulan 1 berhimpun di Pasar Seni dengan perarakan mereka di ketuai Nurul Izzah Anwar dan dibantu Rafizi Ramli dengan membabitkan kira-kira 400 orang.

    Kumpulan 2 berhimpun di sekitar Masjid Jamek dengan perarakan di ketuai Datin Seri Wan Azizah serta di bantu Nurul Nuha Anwar dengan membabitkan kira-kira 700 orang.

    Kumpulan 3 berhimpun di sekitar Ibu Pejabat PAS pusat di Jalan Raja Laut (Walaupun presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang menafikan pembabiran PAS) dan diketuai oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin sambil dibantu oleh Tian Chua dan Khalid Abdul Samad.

    Ketiga-tiga kumpulan ini akhirnya bertemu di Sogo dan membentuk lautan manusia yang akhirnya menjadi himpunan #kitalawan. Walau di timpa hujan sekejap di Kuala Lumpur, ianya tidak menjadi halangan mereka untuk berundur.

    *penulis ada di perkarangan Sogo dari jam 12 tengah hari sehingga jam 5 petang.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PETUALANG NEGARA MENUNJUK BIADAB Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top