My Blog List

Translate

  • PANAS

    Sunday 29 March 2015

    GALERIA SRI PERDANA

    Siapa tidak kenal Perdana Menteri Malaysia yang ke 4, Tun Dr Mahathir Mohamed. Beliau yang di kenali sebagai seorang pemimpin yang bersuara lantang di seluruh dunia dan terkenal sebagai ikon pemodenan negara. Atas usaha Arkib Negara, maka wujudnya Galeria Sri Perdana sebagai mengenang jasa-jasa
    Tun M sebagai negarawan ulung negara.

    Galeria Sri Perdana yang terletak di Jalan Damansara Off Lebuhraya Mahameru ini memaparkan kira-kira 70% peninggalan Tun M sepanjang Tun tinggal di sana dari tahun1983 hingga 1999. Pelbagai koleksi peribadi Tun di pamerkan seperti bilik hasil kraf, ruang penerimaan tetamu samada ada di dalam negara mahupun luar negara, ruang bilik bacaan dan bilik peribadi Tun, koleksi hadiah dari pelbagai negara dan juga pameran kereta yang di sumbangkan oleh pelbagai pihak.

    Bagi penulis, aapa yang di pamerkan masih belum mencakupi keseluruhan usaha dan jasa Tun sepanjang 21 tahun memerintah Malaysia. Jasanya yang mengubah landskap Malaysia dari sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian cukup besar. Sekurang-kurangnya usaha pihak Arkib bagi memelihara khazanah yang di tinggalkan Tun untuk tatapan rakyat bagi mengenang jasa Tun amat di hargai. Cuma yang agak di kesali, prasarana sekeliling Galeria ini tidak di selenggara dengan seppatutnya. Tiada tempat persinggahan untuk makan dan minum, keadaan ruang hadapan yang agak usang serta ada bahagian yang terbiar jelas merosakkan imej Galeria berkenaan.

    JSJM
    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: GALERIA SRI PERDANA Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top