My Blog List

Translate

  • PANAS

    Wednesday 25 March 2015

    PERMAINAN DAP MAKIN LICIK

    Semalam, DAP menerusi Ketua Menteri Pulan Pinang, Lim Guan Eng secara rasminya mengumumkan DAP hilang kepercayaan kepada Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi Awang atas beberapa faktor yang boleh di anggap remeh dan tidak masuk akal.

    Menerusi beberapa portal berita memetik, Lim Guan Eng secara sinis mengatakan Dato Seri Abdul Hadi membelakangkan persetujuan bersama di dalam Pakatan Rakyat untuk menggugurkan hukum hudud dilaksanakan di mana-mana negeri yang di bawah Pakatan Rakyat. Disamping itu beliau juga menempelak Menteri Besar Kelantan Dato Ahmad Yakob dengan mengatakan memandai-mandai dalam meneruskan pembentangan rang undang-undang ini.

    Jika kita masih ingat, Lim Guan Eng bersama "belaan PASMAnya" berdiri menyatakan sokongan terhadap hukum hudud. Sampai mendapat liputan TV3. Tetapi semalam beliau mengubah nada. Seolah-olah beliau jelas tidak senang dengan keadaan sekarang di dalam PAS sehingga mendedahkan rancangan licik beliau bersama Mat Sabu bagi menggulingkan Dato Seri Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS nanti.

    Bagi penulis, ini jelas menunjukkan PAS tidak lagi relevan pada mata DAP mahupun PKR. Kedua-dua belah parti ini hanya mahu menjadikan PAS keldai tunggangan mereka dan langsung tidak menyokong sebarang usaha PAS dalam meneruskan agenda mereka ke peringkat lebih tinggi. Terlalu jijik dan liciknya Lim Guan eng sehingga ada yang bersetuju untuk bersekongkol dengan mereka.

    • Blogger Comments
    • Facebook Comments

    0 comments:

    Post a Comment

    Item Reviewed: PERMAINAN DAP MAKIN LICIK Rating: 5 Reviewed By: Samurai Biru
    Scroll to Top